Kepuasan pelanggan adalah perut yang kenyang
Kami mendapati sukar untuk melakukan perniagaan apabila pelanggan merasa lapar. Itulah sebabnya kami menawarkan kepada mereka tempat yang selesa untuk menambah tenaga dan menikmati juadah Sweden.
IKEA FOOD memainkan peranan penting dalam Konsep IKEA untuk menarik minat pengunjung ke gedung IKEA dan menggalakkan mereka berada lebih lama di gedung. Restoran, bistro dan Kedai khas Makanan Sweden juga dapat membantu memperkuatkan identiti Sweden dan harga rendah.
RESTORAN IKEA menawarkan banyak jawatan mencabar dalam 4 kategori - restoran, Bistro, kedai khas Makanan Sweden dan restoran pekerja. Pekerja di bahagian ini berkongsi minat terhadap makanan dan servis. Mereka menyumbangkan keseluruhan jualan dengan menambah kualiti kepada setiap kunjungan ke gedung dan memberikan pengunjung sebab untuk datang semula.