Membeli dengan banyak daripada pembekal yang bagus adalah situasi menang-menang
Pembekal IKEA dan perhubungan yang baik adalah di antara harta kami yang paling berharga. Pekerja bahagian pembelian membina hubungan menang-menang dengan pembekal kompetitif yang mengambil berat tentang orang ramai dan alam sekitar. Pengeluaran yang efisyen dan boleh dipercayai dengan hasil kualiti yang tinggi dan pembaziran yang minimum adalah asas untuk menghasilkan harga paling rendah. Bersama , kami mencipta keadaan optimal dan kerja sama jangka panjang.
Pasukan pembelian terdapat di seluruh negara dan bekerja dengan pembekal dairi lebih daripada 50 negara. Mereka mencari pembekal baru dan menilai dan membangunkan yang ada. Bersama, pasukan pembelian memastikan keadaan pengeluaran optimal, kapasiti, kualiti produk dan terdapatnya produk. Mereka juga secara aktif meyokong pembekal untuk menyokong memperbaiki keadaan kerja dan meminimumkan impak alam sekitar yang negatif.
Kebanyakan jawatan dalam bidang ini berkaitan dengan rangkaian produk IKEA, tetapi juga peranan pembelian bagi Bahan tidak terus dan Perkhidmatan IKEA.