Pakar dalam kepuasan pelanggan
Kami menawarkan harga rendah, kemudahan untuk membeli-belah, keupayaan untuk membawa perabot anda pulang pada hari yang sama dan terdapatnya pekerja yang suka membantu, peramah dan berpengetahuan apabila anda memerlukan bantuan.
Perhubungan pelanggan di IKEA melibatkan banyak peranan di dalam dan di luar gedung ikeA, dari pusat informasi dan ruang kanak-kanak bermain hinggalah ke kaunter bayaran, kawasan penukaran dan pemulangan dan pusat perhubungan.
Pekerja Perhubungan Pelanggan membantu orang ramai mencari jawapan dan menghalang masalah. kami ingin pelanggan untuk datang semula dan cara terbaik melakukannya ialah mengalami pengalaman yang positif dengan IKEA. Sama ada sebelum, semasa atau selepas membuat pembelian, pelanggan IKEA perlua mendapati bahawa sokongan dan perkhidmatan kami adalah sebaik produk kami. Kami ingin mereka mempercayai bahawa sentiasa terdapat penyelesaian yang memuaskan jika terjadi masalah.
Peranan biasa di kawasan kerja ini
Membeli dengan mudah
Mengurus servis produk
Membayar di kaunter dengan mudah dan cepat