Contohnya: Perjalanan kelas pertama bukan salah satu daripadanya.
Kami mengaji orang yang sesuai
Pekerja IKEA cenderung merendah diri, kuat bekerja dengan keikhlasan untuk bekerja bersama-sama.Sementara itu terdapat banyak sebab untuk bekerja di IKEA, jika anda tanya mengapa mereka masih bekerja di IKEA, jawapan utama ialah " kerana individunya".
Mereka berinspirasi!
Apabila sebuah syarikat mempunyai visi dan nilai jelas yang anda boleh percayai bahawa bukan sukar untuk berinspirasi. Lebih daripada 90% daripada pekerja IKEA tahu tujuan mereka.Hampir 80% merasa lebih berinspirasi untuk bekerja (dan kami sedang mengusahakan 20% selebihnya).
Melakukan kesalahan memang boleh - betul ke!
Terdapat pepatah mengatakan syarikat IKEA, anda boleh melakukan kesilapan - semua orang melakukannya. Sememangnya, kami memikirkan ia adalah satu cara yang sihat untuk belajar dan memperbaiki diri.
Kerjaya di mana sahaja
IKEA mempunyai jenis kerja yang berbeza daripada syarikat lain di dunia. Jika pekerja bosan dengan apa yang telah mereka lakukan atau ingin mencuba sesuatu yang lain, mereka boleh beralih ke peranan baru di IKEA bukan di luar IKEA.
Hari ini Sweden, esok di China
Oleh kerana IKEA mempunyai banyak gedung dan pejabat di lebih 44 buah negara dengan nilai dan idea perniagaan yang sama di seluruh dunia, berpindah dari sebuah negara ke negara lain adalah perkara biasa. Dan jika anda berpindah, akan terdapat individu yang ramah dari IKEA untuk membantu anda.
Tiada rasa ego
Kami tidak mementingkan nama jawatan yang menarik, pejabat di sudut atau jet peribadi dan kami tanya pekerja kami agar tidak membawa ego mereka bersama ke IKEA. Kenapa? Keranan ini bermakna anda boleh bekerja sebagai ahli sebuah kumpulan, berseronok dan meneruskan kerja.
Ganjaran kerja yang tiada penghujungnya
Orang ramai suka bekerja untuk syarikat yang mereka bangga. Setakat ini IKEA Social Initiative telah memberi peluang kepada 100 juta kanak-kanak yang memerlukan bantuan. Dan kita melakukan kerja yang tiada penghujungnya untuk alam sekitar.
Pelajari melalui pengalaman
Syarikat manakah yang percaya anda boleh mengendalikan budget sebanyak €30 juta? Pada umur 22? Jika anda orang yang sesuari untuk jawatan itu, pembelajaran dengan sokongan dan mengajar adalah cara hidup IKEA.
Persekitaran yang mesra keluarga
IKEA adalah perniagaan, tanpa sangsi tetapi polisi kita ialah mendahuluan individu. Dan orang yang tinggal di luar termasuk keluarga. Ini bermakna kami percaya dengan persekitaran mesra keluarga.
Rangkaian sosial yang sebenarnya
Orang yang bekerja dengan anda adalah kawan anda juga. Anda tahu ada seseorang yang anda dapatkan bantuan di setiap bandar besar di seluruh dunia. Dan anda dengan serta merta ada perkara yang ingin dibualkan dengan 123,000 orang yang lebih kurang sama seperti anda. Itu dikatakan rangkaian sosial yang besar.