Low Kow Khan, Singapore


 
"Sepanjang bertahun lamanya, saya mempunyai ramai kawan baik dan mereka menjadi seperti keluarga kepada saya."

Low Kow Khan, Singapura
Saya pasti saya akan menjadi penyumbang tetap kepada IKEA untuk bertahun-tahun akan datang!

Pada 14 November 1983, saya memulakan perjalanan saya dengan IKEA. Pada masa itu, pangkat saya adalah "Jurujual" dengan jabatan perabot. IKEA pada masa itu hanyalah sebuah ruang pameran kecil di Sixth Avenue.

Pada tahun 1984, gedung berpindah ke Katong dan kekal di sana selama 11 tahun. Saya dinaikkan pangkat ke Pembantu Penyelia pada tahun 1985 dan tugas saya untuk menyelia pekerja jualan. Saya mengambil cabaran baru dan amat gembira untuk menjadi sebahagian dari pasukan IKEA yang sedang membesar.

1995 adalah tahun yang penuh memori. Ia adalah tahun titik perubahan untuk saya dan gedung . Saya menyaksikan satu lagi pertumbuhan untuk IKEA. Gedung berpindah ke Alexandra iaitu lokasi yang lebih besar - 22,500m2.

Saya telah dinaikkan pangkat ke Penyelia untuk dapur dan ruang makan. Daripada gedung kecil dengan produk yang terhad ke gedung besar dengan lebih banyak rangkaian produk, ditambah dengan peranan baru sebagai penyelia, saya amat teruja dan bersedia untuk menghadapi aliran baru untuk perubahan dan cabaran.

Masa berlalu cepat dan saya telah bersama dengan IKEA selama lebih daripada 25 tahun. Tahun demi tahun, saya telah mendapat ramai kawan baik dan mereka menjadi seperti keluarga saya sendiri. Saya menjadi pekerja separuh masa secara tetap pada tahun 2009 kerana saya berumur 70-an. Saya amat gembira dan rasa terharu bahawa IKEA sentiasa menggalakkan pembelajaran berterusan dan bekerja semula. Saya pasti saya akan menjadi penyumbang tetap kepada IKEA untuk tahun-tahun yang akan datang!


Low Kow Khan,
Jabatan Jualan, ,
Singapura.

 

 

Mesra alam sekitar adalah keutamaan IKEA
Kita menukar cara kami untuk melakukan kurang bahaya terhadap alam sekitar.
Orang ramai dan alam sekitar
Semuanya bermula di Smäland
Ketahui cara menjadikan idea busines menjadi organisasi seluruh dunia.
Asal kami
Kuiz IKEA
Lihat seketika untuk melihat seketika sama ada anda dan budaya IKEA amat bersesuaian
Kuiz IKEA
Visi IKEA
Dapatkan maklumat lanjt tentang pendirian kami.
Visi dan idea perniagaan