Arunee, Thailand


 
"Mengapa saya bekerja di IKEA untuk jangka masa yang lama? Kerana saya merasa gembira dan kegembiraan ada di sekeliling saya."

Arunee, Thailand
Kegembiraan ialah semasa dalam perjalanan

Kegembiraan ialah semasa dalam perjalanan. Inilah sebenarnya perasaan saya tentang IKEA.

Hari ini, saya tidak percaya yang saya telah bekerja di IKEA selama 17 tahun-13 tahun dengan pejabat Perdagangan dan 4 tahun dengan pejabat Jualan Runcit. Saya rasa seperti saya telah bekerja dengan IKEA hanya beberapa tahun. Seperti kata orang, masa berlalu terlalu pantas apabila anda gembira.

Mengapa saya bekerja begitu lama dengan IKEA? Kerana saya gembira dan kegembiraan terdapat di sekitar saya.

Apa yang paling menjadi inspirasi kepada saya ialah suasana yang selesa bekerja, pekerjanya dan IKEA memberikan saya tanggungjawab yang mencabar saya untuk belajar dan membangun.

Dan satu perkara yang saya suka ialah saya suka setiap peranan semenjak saya mula bekerja sebagai penyambut tetamu. Pada masa itu, saya seronok mengalu-alukan dan membantu orang ramai. Kemudian saya dinaikkan pangkat ke Perancang Penghantaran dan saya dipilih sebagai Pembeli Projek untuk tugas khas seperti projek Startbox No. 1.

Kemudian saya menjadi Koordinator Pengangkutan, Pembantu Operasi dan Pentadbir Kanan. Sebelum pembukaan gedung di Thailand, saya dipilih untuk melakukan kaji selidik pemasaran/pesaing dengan Pengurus Projek dalam tahun 2007.

Saya bekerja dengan Bahagian Jualan Runcit pada April 2007 sebagai pekerja pertama yang memberikan saya banyak kerja pada permulaanna dan sudah tentu saya banyak belajar perkara baru. Saya amat bangga untuk mendapat peluang untuk membangun bersama gedung IKEA yang pertama di Thailand.


Arunee,
Pembantu Pentadbiran,
Thailand

 

 

Mesra alam sekitar adalah keutamaan IKEA
Kita menukar cara kami untuk melakukan kurang bahaya terhadap alam sekitar.
Orang ramai dan alam sekitar
Semuanya bermula di Smäland
Ketahui cara menjadikan idea busines menjadi organisasi seluruh dunia.
Asal kami
Kuiz IKEA
Lihat seketika untuk melihat seketika sama ada anda dan budaya IKEA amat bersesuaian
Kuiz IKEA
Visi IKEA
Dapatkan maklumat lanjt tentang pendirian kami.
Visi dan idea perniagaan