Andrew James, Singapore


 
"Saya sentiasa inginkan perubahan kerjaya yang bagus dan IKEA - sebuah syarikat yang membangunkan orang ramai adalah majikan idaman saya."

Andrew James, Singapura
Membangun di dalam syarikat

Saya sentiasa inginkan perubahan kerjaya yang bagus dan IKEA - sebuah syarikat yang membangunkan orang ramai adalah majikan idaman saya.

Pada tahun 2000, saya mula bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan dalam Jabatan Perkhidmatan Operasi. Melalui nilai-nilai dan budaya IKEA, saya berupaya untuk membangun dalam bidang kerja saya dan perjalanan untuk belajar amat menakjubkan. Pertukangan, kelengkapan rumah, menyelesaikan masalah, kunjungan ke rumah dan banyak lagi menjadi sebahagian daripada saya.

Saya menjadi penyelia pada setahun selepas itu iaitu pada tahun 200I . Banyak cabaran seperti mengurus dan menerajui Bahagian Penukaran & Pemulangan, Pejabat, Bahagian mengambil barang dan bahagian pertukangan menyusul. Kepada saya semua pengalaman baru meluaskan perspektif saya untuk cabaran baru yang akan datang.

Pada tahun 2006, saya mengambil langkah besar dan memohon sebagai Penolong Pengurus Operasi Perkhidmatan, Perkhidmatan Pelanggan. Dengan ini, lebih banyak tanggungjawab - latihan, jadual, jam bekerja, merancang, bekerja dengan kontraktor. Ia benar-benar telah menjadi proses pembelajaran berterusan untuk saya.

Empat tahun kemudian dalam tahun 2010, saya membuat keputusan mengambil langkah padu untuk bergerak selari. Semenjak menyertai IKEA, saya sentiasa kekal Perkhidmatan Operasi.Oleh itu, saya membuat keputusan untuk berpindah dan menyertai Jabatan Jualan sebagai Penolong Pengurus. Jadi sekarang saya menguruskan IKEA Business dan Ruang Kerja.

Apa yang saya suka tentang Pekerja dan IKEA: Selama 10 tahun ini, IKEA telah terbukti sebagai tempat yang indah untuk bekerja dan membangun. Ia membolehkan individu, peluang untuk membangun dan membangun mengikut tahap sendir. Budaya, keterbukaan dan keringkasan menyedarkan dan menjadikan individu, bukan sahaja pekerja tetapi ahli keluarga. IKEA mempunyai pada pendapat saya, pemimpin yang baik dan dengan ini memberikan inspirasi kepada sesiapa yang ingin mencipta kerjaya untuk seseorang.




Andrew James
Penolong Pengurus, IKEA Business dan Ruang Kerja
IKEA Alexndra, Singapura

 

 

Mesra alam sekitar adalah keutamaan IKEA
Kita menukar cara kami untuk melakukan kurang bahaya terhadap alam sekitar.
Orang ramai dan alam sekitar
Semuanya bermula di Smäland
Ketahui cara menjadikan idea busines menjadi organisasi seluruh dunia.
Asal kami
Kuiz IKEA
Lihat seketika untuk melihat seketika sama ada anda dan budaya IKEA amat bersesuaian
Kuiz IKEA
Visi IKEA
Dapatkan maklumat lanjut tentang pendirian kami.
Visi dan idea perniagaan