Makanan di IKEA

Salmon course

Knäckebröd dan enam jenis ikan herring

Kami tahu yang orang Malaysia sangat suka membeli-belah dan makan dan inilah sebabnya restoran IKEA terletak di tengah-tengah gedung.

Fikirkan tentang restoran IKEA kami sebagai tempat berehat untuk anda dan keluarga anda untuk menikmati pelbagai hidangan Sweden dan hidangan khas harian. Dan semuanya pada harga yang amat menarik juga!
Hidangan yang mudah disediakan

Jangan hanya mencuba perabot Sweden - cuba juga makanan Sweden juga! Di gedung IKEA kami amat bangga dengan warisan Sweden kami dan di Kedai Khas Makanan Sweden, anda akan mendapat piihan snek lazat dan popular dan juga makanan untuk anda nikmati.

Juga terdapat beberapa hidangan di Restoran IKEA yang disukai seperti salmon yang di bungkus beku supaya ia sentiasa mudah untuk membawa keistimewaan Sweden ke rumah.

Jadi datang lagi untuk mengetahui kombo bulanan yang istimewa dan hidangan menarik juga makanan yang ditawarkan sesuai dengan budaya Sweden atau perayaan tempatan yang berbeza.
Hot dog

Satu perkara lagi sebelum anda berlalu


Jika anda ingin mengunyah selepas letih membeli-belah, singgah di Bistro IKEA agar anda kembali segar.

Nikmati hotdog ayam yang masih panas dan segarkan diri dengan pelbagai minuman, atau nikmati aiskrim vanila yang lembut.

Perkara terbaik ialah harga setiap produk tidak membebankan perbelanjaan anda. Memang cara yang menakjubkan melengkapkan pengalaman membeli-belah di IKEA.