Antara tahun 2009 dan 2015, beberapa 10 juta kanak-kanak mendapat faedah daripada Inisiatif Sosial IKEA dalam menyokong program pendidikan yang diurus oleh UNICEF dan Save the Children.
Perubahan sikap terhadap pendidikan
Inisiatif Sosial IKEA memperkenalkan pendidikan kepada ibu bapa dan komuniti. Kumpulan usaha sendiri wanita dan pengumpulan kanak-kanak perempuan membantu dalam memperkuat hak kanak-kanak dan menghalang buruh kanak-kanak dan pada masa yang sama mereka belajar untuk mempengaruhi komuniti mereka bagi memastikan anak-anak pergi ke sekolah.
Untuk kanak-kanak bersekolah
Ramai kanak-kanak yang telah berhenti daripada sekolah, atau yang tidak pernah berpeluang untuk ke sekolah sama sekali, mereka ini perlu akses untuk pendidikan berkualiti. “Bridge school” yang tidak rasmi telah berjaya melengkapi kanak-kanak pelbagai usiadengan bacaan asas, kemahiran menulis dan matematik sebelum mereka ke sistem sekolah konvensional.
Meningkatkan kualiti pendidikan
Untuk menggalakkan kanak-kanak ke sekolah – dan kekal bersekolah – persekitaran sekolah perlu selamat, mesra kanak-kanak dan bebas daripada keganasan. Guru-guru dilatih teknik-teknik mengajar mesra anak dan bantuan pembelajaran mula diperkenalkan dan dipromosikan. Ibu bapa juga digalakkan untuk terlibat sama dalam persekolahan anak-anak mereka.
Semuanya bermula di Småland
Temui bagaimana idea ringkas perniagaan menjadi organisasi seluruh dunia.
Hampir 72 juta kanak-kanak tidak didaftarkan di sekolah.
Setiap kanak-kanak mempunyai hak pendidikan, tidak kira di bahagian mana di dunia mereka tinggal. Pendidikan amat penting bagi pembangunan dan peluang bagi setiap kanak-kanak dalam hidup.
Usahawan muda yang pintar
IKEA menyokong pembelajaran kewangan dan kepimpinan