Cahaya pada waktu malam


Dengan setiap pembelian lampu sel solar SUNNAN oleh pelanggan IKEA, satu didermakan dari Inisiatif Sosial IKEA kepada UNICEF dan Save the Children untuk diberi kepada kanak-kanak yang tidak boleh melukis, menulis atau membaca selepas petang. Kanak-kanak di negara membangun - terutama perempuan - selalu bertungkus lumus untuk kekalkan prestasi di sekolah kerana peluang untuk membuat kerja rumah mereka hanya pada waktu malam, selepas rutin seisi rumah selesai. Setakat ini, lebih 500,000 lampu telah dijual.

Projek tabung derma mainan lembut


Pelanggan IKEA menyumbang untuk meningkatkan pendidikan bagi jutaan kanak-kanak di Africa, Asia dan Eropah Tengah dan Eropah Timur menerusi tabung derma tahunan mainan lembut. Sepanjang musin cuti setiap hujung tahun, satu euro dari setiap jualan mainan lembut di gedung IKEA akan di dermakan kepada projek Save the Children dan UNICEF seluruh dunia.

 
Children

Pendidikan asas untuk minoriti kanak-kakan di Vietnam


Inisiatif Sosial IKEA menyokong UNICEF dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan untuk kanak-kanak dari etnik minoriti di Vietnam.

Minoriti kanak-kanak selalunya belajar di Vietnam - meskipun hanya sediri menggunakan bahasa - oleh guru yang tidak memahami bahasa asli kanak-kanak ini. UNICEF bekerja dengan sekolah dan komuniti bagi menyediakan pendidikan dengan selamat, alam sekitar mesra kanak-kanak dalam mengabungkan kelas pelajaran dalam bahasa asli kanak-kanak ini.

Projek ini juga melibatkan membina infrastruktur asas seperti belakan air selamat dan bersih, bilik untuk kelas dan taman permainan, dan menyediakan sumber seperti buku dan alatan belajar.

Dianggarkan 120,000 pelajar dan 3,000 remaja tidak bersekolah telah menyertai projek setakat ini Untuk maklumat lanjut
Children

Menyediakan buku untuk "Albania reads"


Kualiti pendidikan di Albania merosot ketika peralihan pada ekonomi pasaran. Sumber awam yang terhad dan bajet keluarga yang ketat bermakna seluruh generasi kanak-kanak Albania membesar tanpa buku dan keyakinan untuk membaca. Tidak mengejutkan, kajian UNESCO baru-baru ini medapati lebih dari separuh pelajar negara ini berumur 15 tahun tdak mampu melengkapkan sebarang tugas membaca yang mudah.

Inisiatif kerajaan 'Albania Reads' dilancarkan pada 2006 untuk mengembalikan budaya membaca dikalangan orang muda negara itu. UNICEF menyokong projek ini dengan lanjutan dari IKEA 1€ ialah kempen Fortune.

Projek ini menyediakan 850 buah sekolah dengan blok bangunan untuk perpustakaan sekolah; pakej 150 buah buku, rak dan manual untuk pengurusan perpustakaan. Telah lebih 190 sekolah telah membina perpustakaan. Sudut membaca dibina untuk menarik minat kanak-kanak membaca. Tambahan juga, ibu bapa dan komuniti luas terlibat menerusi kempen kesedaran yang mempromosi kebaikan membaca.

"Mula-mula anda belajar membaca kemudian anda membaca untuk belajar," kata Carrie Auer, Wakil UNICEF di Albania. Ini adalah langkah penting untuk memastikan budaya belajar untuk kanak-kanak dan komuniti mereka.

Dapatkan maklumat lanjut tentang projek ini di laman sesawang UNICEF

Melindungi kanak-kanak dari dipergunakan dan dipaksa di Pakistan


Zubair Hussain, 12, pelajar Education dan Counselling Centre No. 7 di Shadara di pinggir Lahore, Pakistan. Beliau adalah salah seorang dari ramai kanak-kanak yang dipaksa oleh ibu bapa kerana kemiskinan untuk menjadi pengemis, pencuri atau seks bebas. "Ayah saya seorang pengemis. Dia akan membawa saya berjalan dengannya untuk meminta sedekah. Saya biasanya memakai baju yang lusuh dan berkaki ayam sepanjang hari supaya orang akan berasa simpati dan memberi sedikit wang. Sejak menyertai Centre ini, saya memakai unifom sekolah dan tali leher. Apabila saya melihat kanak-kanak lain meminta sedekah dijalanan, saya berasa simpati tapi saya juga merasa bangga dengan diri saya. Berada disekolah lebih baik dari membuang masa dijalanan," kata Zubair.

Hampir 4,000 kanak-kanak memasuki di tiga belas EC Centres di Lahore. Menerusi sokongan dari Inisiatif Sosial IKEA, UNICED menyediakan alat belajar, uniform untuk pelajar, buku, perabut, gaji guru dan sokongan teknikal untuk pusat ini.

EC Centre No. 7 mempunyai kelas dari kumpulan bermain kepada gred 8, tapi umur bukan penghalang. Remaja yang tidak pandai membaca atau menulis boleh bermula dari awal. Wanita muda diberi latihan dalam sulaman, potongan, dan jahitan.

Vite-n-Hope, sebuah NGO, telah menguruskan projek ini di Lahore sejak empat tahun lalu. Pusat ini menempatkan kanak-kanak yang terlibat dalam risiko menjadi mangsa dagangan termasuk hamba seks. Ini bukanlah asas stigma untuk latar hidup keluarga kanak-kanak kini atau yang lepas.
"Terima kasih kepada IKEA dan Vite-n-Hope, banyak kanak-kanak seperti Zubair, mangsa diperguna dan didera tetapi sekarang telah berada pada persekitaran terlindung di EC Centres," kata Shamshad Qureshi, UNICEF Child Protection Specialist.

Untuk maklumat lanjut

Pendidikan untuk setiap kanak-kanak di Russia


Di Vyborg daerah Russia kanak-kanak kurang upaya dinafikan hak mereka untuk pergi ke sekolah. Keperluan mereka untuk sokongan istimewa dan perhatian tidak tercapai, dan guru kurang pengetahuan, jadi mereka menjadi lebih terabai. Inisiatif Sosial IKEA menyokong projek Save the Children yang mempromosikan hak kanak-kanak untuk memperoleh pendidikan yang berkualiti.

Sebagai sebahagian dari projek, penolong peribadi disediakan di bilik darjah dan guru dan staf sekolah dilatih untuk menyokong dan mengajar kanak-kanak dari pelbagai jenis kecacatan.

Projek ini juga bertujuan untuk mendapat kesedaran awam tentang keadaan kanak-kanak yang kurang upaya dan menyatukan kanak-kanak dalam komuniti mereka yang lebih luas untuk mengurangkan diskriminasi. Untuk maklumat lanjut

Sekolah pelbagai guna yang selamat pada lokasi bekas perang Ivory Coast


Dengan duit dari kempen IKEA 1€, 250,000 kanak-kanak di kawasan perang Ivory Coast boleh disediakan dengan kualiti pendidikan utama dalam persekitaran selamat.

Di sini, Save the Children adalah sekolah pemulihan, memberi alatan sekolah, latihan guru dan kanak-kanak pada hak mereka dan membentuk kelab sekolah kanak-kanak. Dengan pendidikan yang bagus, kanak-kanak di Ivory Coast dilengkapi dengan betul untuk menghadapi masa depan dan mampu berubah dengan aktif di dalam komuniti kepada lebih baik.

Inès hidup di Abeongourou di kawasan timur Ivory Coast. Beliau gembira dengan kerja pembinaan yang dijalankan disekolahnya. Setakat ini semua bangunan sekolah telah dibina semula, atap dibaiki dan didalam bilik darjah mempunyai perabot baru

"Tahun ini, mereka membina tandas baru buat kami, sekolah ini tidak begitu cantik sebelum kedatangan Save the Children, semuanya rosak tapi sekarang sudah cantik," kata Inès.

Perubahan lain yang membuatkan Inès gembira adalah para guru tidak memukul pelajarnya lagi. Tahun lepas, seorang guru ternampak seorang budak lelaki mencuri buku nota dan wang saku makan tengah hari Inès dan menggunakan kekerasan untuk menghukum budak lelaki tersebut. Apabila Inès melihat keadaan itu, dia merasa serba salah, walaupun buku nota dan wang sakunya dicuri. Namun, kini segalanya berubah. Save the Children bekerjasama dengan para guru dengan alternatif lain buat hukuman fizikal dan memalukan.

"Apabila kelakuan pelajar tidak terkawal dan bercakap di dalam kelas, para guru akan menegur kami. Mereka tidak memukul kami lagi," kata Inès.

Sebahagian darpada alternatif ini, Save the Children bekerjasama dengan ibu bapa untuk membantu mereka dalam memahami kepentingan pelajaran buat anak mereka, dan mereka boleh menjadi kunci kepada pembelajaran anak-anak mereka. Dengan cara ini, ibu bapa akan memahami dan mempelajari peranan mereka dalam aktiviti pembelajaran anak-anak untuk berjaya di sekolah.

Untuk maklumat lanjut
Ketahanan adalah keutamaan IKEA
Kami mengubah pelbagai cara untuk mengurangkan kerosakan alam sekitar.
Senarai yang Tiada Penghujungnya
10 sebab mengapa kami kekal di IKEA
Syarikat kami berpandukan nilai.
Bekerja di IKEA
Kemahiran buat perniagaan kecil
IKEA menyokong pembelajaran kemahiran kewangan dan kepimpinan
Wanita merubah dunia


Pelanggan kami membantu dalam meningkatkan pendidikan kepada 8 jula kanak-kanak seluruh dunia dengan menyokong kutipan tabung mainan lembut IKEA


Sekolah, bukan kerja, untuk kenak-kanak

Kanak-kanak belajar dari guru terlatih