Langkau ke kandungan utama

PERKHIDMATAN KAMI

Perkhidmatan pemasangan

Produk kami direka khas supaya mudah dipasang, bagi memudahkan pelanggan kami lakukannya sendiri. Dengan ini, anda dapat jimatkan duit.

Namun, jika anda perlukan bantuan, kami boleh aturkan rakan niaga khidmat profesional untuk pasang produk anda. Pembungkusan akan dibawa pergi untuk dikitar semula, melainkan anda mahu simpannya, dan rumah anda kekal bersih dan kemas.


Harga
Jenis-jenis khidmat Bayaran
Pemasangan kaki atau sarung untuk sofa RM10/unit
Pemasangan perabot 10% daripada harga produk*
Lekap dinding RM5/lubang

*Termasuk pemasangan penahan rebah untuk tujuan keselamatan. Khidmat pemasangan tidak termasuk kerja-kerja elektrikal dan perpaipan.

Jika anda membeli-belah di gedung, sila temui pekerja IKEA di kaunter informasi untuk tempah perkhidmatan. Sebagai alternatif, anda boleh tempah perkhidmatan di kaunter penghantaran di gedung.
Pictogram of a man and a drill.