Laman utama / Ruang kecil / Ruang membasuh dan mandi yang kecil

Kecilkan skala ruang membasuh menjadi sebuah bilik air kecil dan masih memiliki sedikit ruang untuk bersantai


Walau ilham datang dan pergi, storan yang menggunakan sudut dinding secara berkesan mampu mengubah bilik air yang kecil ruangnya. Seperti bilik air sekecil ini, kami berjaya memasang kesemua kelengkapan rutin untuk kerja-kerja membasuh dan ia masih memberikan ruang yang cukup untuk bersantai. Walau berkeluasan hanya 2.7 meter persegi, impian anda mengubah bilik air menjadi ruang spa peribadi boleh menjadi realiti.
Kabinet bilik air kecil dilengkapi ruang storan mengagumkan

Dalam bilik air yang kecil, dunakan dinding


Kabinet LILLÅNGEN dengan binaannya yang tinggi dan lurus memberikan anda kapasiti storan yang sama tetapi mampu menjimatkan separuh ruang. Lengkapkan dengan rak penyidai yang boleh diubah suai di dalam ruang pancuran atau di atas tab mandi agar ruang membasuh hanya tertumpu pada satu ruang sahaja. Apabila sudah selesai anda hanya perlu menaikkannya ke tempat asalnya tanpa perlu ruang storan tambahan untuk menyimpannya. Sebidang tirai yang ringkas membantu sekiranya anda ingin menyembunyikannya daripada pandangan ketika ingin melabuhkan badan beristirahat di dalam tab mandi.
Perkakasan aksesori bilik air kecil yang menyirami jiwa dan suasana

Lengkapi bilik air kecil anda dengan sentuhan sebuah spa

Nasib baik, bilik mandi kecil mempunyai banyak ruang selesa. Letakkan bangku berhampiran tab untuk memegang teh dan majalah. Tambah tuala, lilin wangi, pasangkan muzik dan berehat.
Sinki bilik air kecil dengan pelbagai fungsi hebat

Semuanya berskala kecil untuk dipadatkan dengan pelbagai fungsi ke dalam bilik air yang kecil


Sinki kecil yang lurus dan kabinet tambahan padat dengan pelbagai fungsi berserta pencangkuk untuk tuala dan permukaan terbina dalam khusus untuk bekas cawan dan sabun. Ruang dinding turut juga berfungsi sepenuhnya dengan dilengkapi binaan kabinet tinggi dan lurus serta para rak terbuka. Bekas kotak petak isih yang kecil memberikan anda ruang yang cukup untuk menyimpan peralatan mekap, barang kemas, sabun, syampu malah mainan mandi khas untuk si kecil juga.

Lebih pilihan ilham untuk bilik air kecil