Laman utama / Ruang kecil / Dapur ala desa yang kecil

Menyediakan pelbagai sajian impian di dalam dapur yang kecil


Jika anda impikan sebuah dapur ala desa yang luas, tetapi tinggal di pangsapuri kecil di kota, usah biarkan impian anda berlalu begitu saja. Mungkin kecilkan sedikit skala dapur impian anda, pasti segalanya tercapai. Binaan pulau dapur di tengah-tengah ruang dapur membantu anda menyimpan segala perkakasan memasak bersaiz besar dan memberikan anda lebih ruang untuk anda mencuba resepi sajian impian.
Pemukaan kerja dapur yang kecil untuk lebih ruang memasak

Membina pulau dapur yang kecil


Kebanyakan dapur yang kecil mempunyai binaan kabinet dapur berbentuk L yang tradisional untuk memaksimumkan ruang lantai. Kami mengubah sedikit konsep ini dengan mengorbankan sedikit ruang lantai untuk membina pulau dapur di tengah-tengah ruang dapur yang memaksimumkan ruang memasak sepenuhnya. Binaan kabinet tengah ini dibina menggunakan dua kabinet berukuran 80sm yang saling membelakangi antara satu sama lain dan dua kabinet berukuran 30sm di sebelah-menyebelah ketuhar. Permukaan atas perabot dipotong mengikut saiz padanan binaan kabinet tengah dan mempunyai lubang yang dipotong terlebih dahulu untuk ruang hob dan sinki. Bagi menjadikan dapur lebih fleksibel, kami sediakan sebuah troli beroda yang memberikan anda ruang tambahan apabila diperlukan nanti.
Sink dapur kecil dengan bod pemotong

Ciri utama menyediakan pelbagai sajian masakan di dalam dapur kecil


Jika memasak adalah keutamaan anda, anda pasti memilih hob yang baik dan penunu berganda yang mampu memasak beberapa sajian dalam satu-satu masa. Dengan permukaan atas kabinet yang luas, anda pasti mempunyai ruang selesa untuk memasak, serta ruang sinki dapur yang luas memberikan tugasan membersih dan membasuh lebih mudah. Malah dengan kemudahan bod pemotong DOMSJÖ di ruang sinki, dapur kini lebih lengkap.
Kabinet dapur kecil dengan ruang storan yang hebat

Biarkan ruang kosong untuk storan


Apabila merancang membina kabinet untuk dapur yang kecil, pastikan setiap inci ketinggian ruang digunakan sepenuhnya. Tetapi, kadangkala membiarkan ruang kosong memberikan anda lebih ruangan menyimpan perkakasan seperti pinggan dan mangkuk hidang atau periuk besar yang tidak muat dimasukkan ke dalam kabinet. Malah ruang tambahan permukaan atas kabinet boleh digunakan untuk menyimpan perkakasan kecil atau juga tempat untuk menyejukkan sedulang besar mufin yang baru keluar dari ketuhar atau semangkuk doh yang sedia untuk dijadikan roti.
Pengatur ruang dinding kecil untuk peralatan memasak anda

Dinding di ruang dapur turut membantu


Sekiranya anda pernah menyediakan sajian yang agak rumit, anda pasti tahu tiada masanya untuk anda menyelongkar laci mencari pemarut keju. Rak dan rel terbuka membolehkan kesemua peralatan rutin memasak anda mudah dicapai dan senang dicari bila diperlukan tanpa menggangu tumpuan memasak sajian yang menyelerakan. Rel membantu memaksimumkan ruang kosong dinding untuk lebih berfungsi di dalam dapur yang kecil.
Storan ruang kecil untuk dapur anda

Gunakan sepenuhnya ruang di atas


Ada tujuan mengapa bangunan di kota tingginya mencakar langit - satu cara penggunaan ruang yang efisien. Konsep ini turut digunakan di dalam ruang dapur yang kecil. Bina kabinet dengan menggunakan sepenuhnya ruang sehingga ke siling untuk lebih storan. Di sini, kami menggunakan pintu panel berkaca untuk lebih kemasan hiasan dan memberikan suasana ruang terbuka. Bantuan pencahayaan dari dalam kabinet turut menerangi ruang dapur. Satu idea untuk anda - tampalkan beberapa sajian resipi terbaik anda di dalam kabinet untuk mencetus inspirasi memasak anda.

Lebih pilihan idea untuk dapur yang kecil

 
Perancangan dan rekaan ruang dapur yang kecil

Mulakan perancangan dapur baru anda sekarang


Buat perancangan untuk dapur anda dengan bantuan Perancang Kediaman IKEA. Mulakan lakaran anda hari ini. Apabila anda sudah bersedia, anda boleh mencetak lakaran dan senarai perkakasan di rumah, atau simpankan pelan anda itu ke dalam 'server' IKEA. Di gedung IKEA, anda boleh berbincang dengan salah seorang pakar dapur kami tentang lakaran anda. Mereka akan memberikan perundingan sehinggalah ke perincian akhir untuk anda merealisasikan lakaran dapur anda.
Pengatur ruang dapur kecil untuk laci dan kabinet

Menyusun atur ruangan terkecil di dalam dapur anda


Di dalam laci dan di balik pintu bertutup, jika dapur kemas tersusun dari dalam, anda akan temui lebih banyak ruang di dalamnya malah mencari alat pengupas bawang putih pun jadi lebih cepat.

« Bilik terdahulu | Ruang kecil | Bilik seterusnya »