Zan dapur dan pelan atur

Cara menyediakan perancangan
Zon dapur dan susun atur

Dengan bantuan beberapa pinsip asas, anda boleh mereka bentuk dapur yang anda perlukan dengan tepat - menjimatkan masa dan tenaga dan menyumbang kepada kualiti hidupan harian yang lebih baik.
Merah Zon memasak, Biru, Zon Mencuci, Hijau, Zon storan

Segi tiga kerja-menghasilkan aliran kerja yang ideal

Fungsi kerja utama dapur dilakukan di antara hob, sink dan peti sejuk. Tiga poin dan garisan bayangan di antara mereka menjadikan apa yang di takrifkan oleh pakar dapur sebagai segi tiga kerja.

Helahnya ialah menentukan tiga poin ini supaya mereka tidak terlalu jauh daripada satu sama lain ( ini akan menyebabkan anda berjalan mundar-mandir lebih daripada biasa semasa di dapur) dan tidak terlalu dekat antara satu sama lain (ini menjadi ruang kerja terlalu sempit).

Secara ideal, garisan di antara tiga poin ini tidak boleh melebihi jumlah jarak 6 meter. Jarak yang ideak di antara poin kerja ialah 90 sm.

Jika anda memikirkan anda tidak mempunyai ruang di kediaman anda untuk segi tiga dapur, jangan risau, segi tiga kerja boleh diperolehi dengan susun atur yang berbeza, mengikut keutamaan dan bentuk bilik.

Zon kerja – memudahkan kehidupan harian

Apabila membuat keputusan tempat untuk meletak kabinet dan peralatan berkaitan antara satu sama lain, adalah berguna untuk memikirkan dari segi zon atau zon kerja. Pendekatan ini, memfokuskan pada fungsi dari objek yang bolehmasuk, bermakna anda boleh memperolehi dapur yang efisyen dan mesra harian.

Tiga zon utama adalah berkaitan dengan segi tiga kerja adalah : storan (peti sejuk/penyejuk beku dan storan kering), mencuci (sink, mesin basuh pinggan-mangkuk) dan memasak (hob, ketuhar, ketuhar gelombang mikro). Meletakkannya dengan betul adalah penting untuk mendapatkan segi tiga kerja yang ergonomik dengan aliran kerja semulajadi dan semuanya mudah dicapai.

Ini adalah beberapa petua asas untuk dipertimbangkan apabila merancang zon kerja anda:
Zon memasak
Elakkan melintas dapur membawa periuk dan kuali yang panas. Fikirkan untuk meletakkan ketuhar dan hob berdekatan sink dan bahagian atas kerja.
Zon mencuci
Sink anda adalah tempat yang penting. Pelan agar peti sejuk anda berdekatan untuk memudahkan penyediaan makanan. Juga berdekatan dengan hob memudahkan anda mengetus pasta dan sayur-sayuran.
Zon Storan
Untuk storan, pastikan anda mempunyai cukup storan untuk semua makanan - juga makanan kering di dalam peti sejuk. Bahagian atas kerja berdekatan kabinet tinggi dan peti sejuk memudahkan anda mengemaskan barang-barang yang baru dibeli.

Susun atur dapur biasa

Dalam kebanyakan kes, bentuk dan saiz bilik anda menentukan apa jenis susun atur dapur yang anda akan pilih. Walau bagaimanapun, ada susun atur dapur yang mungkin sesuai dengan keperluan anda dan situasi kehidupan lebih daripada yang lain. Di sini terdapat lima susun atur dapur dan ciri-ciri utamanya. Ia juga mengambarkan betapa idealnya cara merancang zon kerja anda secara ideal.
Dapur jalur tunggal
Untuk ruang yang tidak mencukupi, dapur jalur tunggal iaitu segi tiga kerja dikurangkan kepada garisan lurus adalah penyelesaian yang paling praktikal. Juga kelihatan cantik.
Jalur tunggal dengan pulau
Dapur jalur tunggal ini mempunyai pulau. Pulau menyediakan banyak ruang storan juga permukaan kerja tambahan tetapi memerlukan sekurang-kurangnya 120 sm ruang di sekitarnya agar boleh berfungsi dengan baik.
Dapur berbentuk L
Dapur berbentuk L adalah ideal apabila anda ingin menambah meja makan kecil atau pulau dapur. Ia juga adalah cara yang baik untuk menggunakan penjuru juga dapur bersepadu dengan kawasan makan.
Dapur berbentuk U
Jika anda mempunyai ruang yang besar, susun atur berbentuk U adalah yang paling ideal. Ia memberikan anda ruang maksimum dan banyak pilihan storan - memastikan semuanya mudah dicapai. Jika ruang terlalu besar, adalah penting segi tiga kerja (lihat penerangan di atas) tidak terlalu jauh daripada satu sama lain.
Dapur selari
Anda tidak memerukan ruang yang besar untuk susun atur ini. Ia bertujuan untuk penyediaan makanan dan memberikan dua ruang kerja dan storan pada bahagian bertentangan. Sebenarnya ia adalah susun atur kegemaran juru masak profesional.


Idea untuk dapur impian anda

Dari lampu ke petua untuk menjimatkan tenaga - terokai dapur kami untuk mendapatkan idea.