Air, sampah dan tenaga

Cara menyediakan perancangan:
Air, sampah dan tenaga

40% daripada kebanyakan penggunaan tenaga isi rumah terdapat di dapur. Ia adalah tempat anda memasak air, membasuh sayur-sayuran dan menyental pinggan mangkuk. Mengurangkan penggunaan air dan tenaga adalah cara pasti untuk mengemas kinikan dapur anda. Dan mengurangkan sampah adalah baik untuk planet, perbelanjaan anda dan jika anda membuat kompos - taman anda!

Cara mengurangkan penggunaan tenaga

Bertukar dari peralatan yang menjimatkan tenaga adalah lebih baik untuk planet dan perbelanjaan anda. Sebagai contoh, peti sejuk/penyejuk beku bertahap tenaga A boleh menggunakan setengah daripada tenaga darI yang berumur sepuluh tahun. Tetapi jika anda masih menggunakan peralatan yang ada sekarang, anda masih boleh menggunakannya dengan efisyen. Hanya gunakan mesin basuh pinggan mangkuk jika ia sudah penuh dan jimatkan fungsi memanas untuk fungsi yang benar-benar sukar. Jika anda mempunyai hob elektrik, padankan periuk anda dengan saiz penunu. Menggunakan periuk kecil pada penunu besar bermakna banyak haba naik ke udara.
Sentiasa tutup periuk dengan penutup periuk
Memasak di dalam periuk dengan penutup menjimatkan lebih kurang 30 peratus tenaga dibandingkan tidak menggunakan penutup. Dengan cara memasak air yang lebih baik dan menjimatkan tenaga ialah menggunakan cerek elektrik - walaupun ia bertujuan untuk kentang di atas dapur.
Gunakan saiz periuk dan kuali yang betul
Pastikan anda menggunakan periuk dan kuali yang muat zon hob anda. Periuk yang terlalu kecil mengarah kepada pelepasan haba dan meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 20%.
Gunakan lampu dapur yang efisyen tenaga
Mentol tenaga rendah SPARSAM adalah alternatif hebat untuk mentol pijar tradisional. Ia tahan sehingga 10 kali lebih lama menyala dan penggunaan tenaga dikurangkan sehingga 80% sepanjang hayat mentol. Satu mentol 20 wat memberikan sebanyak cahaya seperti 100 wat mentol pijar tanpa menjadi panas. Pelanggan IKEA juga boleh membawa mentol tenaga rendah ke kebanyakan gedung IKEA untuk dikitar semula.

Cara mengurangkan penggunaan air anda

Menukarkan paip dapur yang ada sekarang dengan aerator mengurangkan penggunaan air di dapur sebanyak 30% tanpa menukar tekanan air. Langkah seperti memadamkan paip semasa anda membasuh tangan dan membuang makanan dari pinggan sebelum dimuatkan ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk dari membilas akan menjimatkan banyak air dalam jangka masa panjang.
Jangan cuci pinggan mangkuk dengan cucian tangan
Mencuci pinggan mangkuk dengan cucian tangan dan membilas dengan air mengalir memerlukan tujuh kali lebih air dari membuang baki makanan dan memasang mesin basuh pinggan mangkuk anda apabila ia penuh.

Cara mengaturkan dan mengurangkan sampah isi rumah

Membuang semua sampah di dalam tong yang sama adalah cerita lama. Kitar semula hanya satu tin aluminium boleh menjimatkan cukup tenaga untuk menonton televisyen selama tiga jam. Sistem pengasingan sampah memudahkan untuk mengasingkan sampah. Ia boleh diletakkan di bawah sink, pada dinding atau di atas lantai dan ia mudah dijaga agar bersih.

Mengurangkan sampah di dapur bukanlah tentang tentang kitar semula sampah. Memulakan kompos bermakna baki makanan anda tidak dibazirkan - ia menambah nutrien kepada taman anda. Dari membuang makan malam, kenapa tidak simpan di dalam salah satu daripada bekas makanan dan nikmati makan tengahari semasa bekerja? Ia adalah baik untuk alam sekitar dan rasanya lebih lazat!
Menjadikan kitar semula lebih mudah
RATIONELL adalah sistem membuang sampah yang mudah yang membantu mengaturkan dan kitar semula sampah isi rumah dengan lebih berkesan. Tong sampah yang mudah di bersihkan terdapat dalam pelbagai saiz dan direka bentuk untuk beberapa jenis sampah isi rumah - daripada botol kaca dan suratkhabar hinggalah baki makanan dan bateri.
Jangan buang makanan
Adakah anda tahu bahawa sehingga suku daripada semua makanan dibuang setiap hari di rumah? Itu bukan sahaja membazirkan wang, pengeluaran makanan, menghasilkan banyak CO2, jadi mengurangkan sampah membantu mengurangkan karbon. Bekas makanan IKEA membantu storan makanan segar dan baki makanan. Ada produk yang mendapat faedah menjadikan ia produk yang bagus untuk menjimatkan makanan anda dan menggunakan jumlah makanan yang mencukupi agar tidak membazir apabila memasak. Sebagai contoh, beberapa saiz di dalam siri storan IKEA 365+ mempunyai grid plastik di bawahnya untuk membolehkan lebihan lembapan keluar dan membantu makanan tahan lama. Di dalam siri RARITET, balang untuk storan kering mempunyai cawan pengukur pada penutupnya agar makanan diukur dengan betul. Balang tersebut lutsinar dan bersengat supaya anda dapat melihat berapa bakinya.

Idea untuk dapur impian anda

Dari lampu ke petua untuk menjimatkan tenaga - terokai dapur kami untuk mendapatkan idea.