Cara:
Memperbaharui dapur anda

Terdapat banyak cara untuk mengemas kinikan dapur tanpa menggunakan pelabura yang besar. Dengan beberapa perubahan yang mudah, anda boleh mendapat dapur bergaya baru yang berfungsi dan efisyen.

Penampilan baru yang segar

Gaya pintu baru di sini. Pemegang yang nipis di sini dan wow!- dapur yang anda bila lima tahun dahulu adalah yang anda impikan hari ini.
Gantikan pintu kabinet
Perubahan sepenuhnya tanpa sebarang ubah suai. Semua gaya pintu kami muat pada rangka kabinet IKEA yang ada sekarang. Tukar semua pintu dan bahagian depan laci atau beberapa unit sahaja. Gunakan yang berkilat hingga venir kayu, warna yang bercampur atau gabungkan pintu padu dengan kaca.
Tukar pemegangnya
Benda kecil seperti tombol boleh menimbulkan kelainan pada penampilan dapur anda. Ia juga merupakan perkara paling mudah untuk ditukar.Jarak di antara lubangnya adalah sama, jadi ia boleh diguantikan tanpa perlu menggerudi lubang baru.
Tambah panel dinding
Gantikan jubin seramik yang lama dengan kemasan dinding baru. Panel dinding kami mudah dilap bersih dan tahan air, haba dan wap. Ia amat sempurna untuk sekitar sink dan hob tetapi juga boleh digunakan untuk menambahkan personaliti kepada kawasan dapur yang lain.

Bijak di dalam

Dapur baru anda mungkin kelihatan sama seperti yang ada sekarang, tetapi berlainan fungsi. Memperbaiki fungsi bahagian dalam adalah perbezaan di antara mencari penghancur bawang putih sementara minyak masih panas atau menggangu anda memasak untuk mencari di dalam laci anda.
Tukar kepada almari barang runcit
Anda tidak perlu mengosongkan kabinet anda untuk mendapatkan mangkuk di bahagian belakang. Gantikan para kabinet IKEA dengan almari atau laci barang runcit . Ia membolehkan anda nampak semua barang dan menjangkau jauh telah menjadi sejarah.
Pengemas laci
Anda sentiasa mengeluarkan pemutar skru apabila ingin mencari pemukul telor? Pengemas laci menyimpan semua barang dari pinggan hingga penyepit tersusun rapi dan mudah dicari.
Gunakan bekas yang lutsinar
Kemaskan laci dan kabinet anda dengan bekas lutsinar. Ia memaksimumkan ruang dan dapat dilihat sekali gua. Susun bekas bersama secara lurus atau bertindan dan lihat bagaimana pakej beras, tepung dan kacang tersusun rapi.

Lebih ruang berfungsi

Bahagian atas kerja yang bersepah, buku masak yang bersepah dan barang yang bertimbun menjadikan dapur impian satu mimpi ngeri untuk anda gunakan. Ruang kerja dan penyelesaian storan tambahan menjadikan semuanya teratur dan memberikan anda lebih ruang untuk memasak.
Bahagian atas kerja yang kemas
Dapatkan lebih ruang atas meja kerja dengan menggantung peralatan, periuk dan kuali pada dinding. Sistem menggantung di dinding memberikan anda ruang untuk bekerja dan meletakkan barang di tempat yang mudah dicapai.
Lanjutkan ruang kerja anda
Di manakah anda perlu meletakkan cendawan semasa anda mencincang bawang? Dulang yang dipasang atau papan pemotong di atas sink memberikan anda zon ruang letak tambahan dan lebih ruang kerja.
Tambah para terbuka
Adalah mudah untuk bingung memikirkan tentang ruang kabinet. Tetapi dengan menambah para terbuka adalah cara memaksimumkan dinding dan penjuru yang kosong, sementara dapur kelihatan lapang. Para dan pendakap boleh diletakkan hampir di semua tempat dan panjangnya adalah berbeza untuk disesuaikan dengan keperluan ruang dan storan anda.

Dapur yang lebih mesra alam sekitar

40% daripada kebanyakan penggunaan kuasa isi rumah terdapat di dapur. Ia juga tempat kita memasak air, membasuh sayur-sayuran dan menyental pinggan mangkuk. Mengurangkan penggunaan air dan kuasa adalah cara pasti untuk menjadikan dapur anda lebih mesra alam sekitar. Juga sudah tentu pengasingan sampah. Mengasingkan sampah dan kitar semula mempunyai impak terhadap alam sekitar, mengurangkan penggunaan bahan mentah, juga menjadikan mudah untuk kitar semula kaca, kertas, kadbod, logam dan banyak bahan lain.
Menjimatkan kuasa
Bertukar dari peralatan yang menjimatkan tenaga adalah lebih baik untuk planet dan perbelanjaan anda. Sebagai contoh, peti sejuk/Penyejuk beku bertahap tenaga A boleh menggunakan setengah daripada tenaga daripada yang berumur sepuluh tahun. Tetapi jika anda masih menggunakan peralatan yang ada sekarang, anda masih boleh menggunakannya dengan efisyen. Hanya gunakan mesin basuh pinggan mangkuk jika ia sudah penuh dan jimatkan fungsi memanas untuk fungsi yang benar-benar sukar. Jika anda mempunyai hob elektrik, padankan periuk anda dengan saiz penunu. Menggunakan periuk kecil pada penunu besar bermakna banyak haba naik ke udara.
Jimatkan air
Menukar paip dapur ke paip yang mempunyai fungsi menjimatkan air mengurangkan penggunaan air di dapur kepada 30% tanpa menukar tekanan air.
Kurangkan membazir (dan jimatkan makan malam!)
"Membuang semua sampah dalam satu tong adalah cerita lama. Kitar semula hanya satu tin aluminium boleh menjimatkan cukup tenaga untuk set televisyen selama tiga jam. Tong sampah untuk mengasingkan sampah memudahkan pengasingan sampah. Ia boleh diletakkan di bawah sink, di atas lantai dan mudah dijaga agar bersih.
Mengurangkan sampah di dapur bukan hanya tentang kitar semula sampah anda. Ia juga tentang makanan yang anda masak. Mulakan dengan kompos bermakna baki makanan tidak dibazirkan - ia menjadi nutrien pada taman anda. Dan daripada membuang baki makan malam anda, mengapa tidak bungkus di dalam bekas makanan dan nikmati masakan di rumah ketika makan tengahari di pejabat? Ia adalah lebih baik untuk alam sekitar dan rasanya lebih lazat."

Idea untuk dapur impian anda

Dari lampu ke petua untuk menjimatkan tenaga - terokai dapur kami untuk mendapatkan idea.

Sediakan ruang untuk semua barang

Atur ruang dia dalam laci dan kabinet menggunakan rekaan dalaman yang bijak