Ukur dan tandakan

Cara bersedia untuk merancang:
Ukur dan tandakan

Mendapat ukuran yang betul adalah diwajibkan apabila merancang dapur. Anda perlu teliti - ia berbaloi melalui keseluruhan proses. Paling penting: Dapur anda muat dengan sempurna pad a ruang yang ada.

Mempunyai semua butir-butir terperinci dan ukuran adalah perkara penting apabila anda menghubungi - dan membincangkan pelan anda dengan - salah seorang daripada pakar dapur kami di gedung IKEA.

Dinding dan lantai

Ukur dari lantai ke siling. Jarak di antara dinding. Dan dari penjuru ke pintu. Juga merekodkan apa saja benda yang terdapat di dalam bilik seperti radiator, paip, pengudaraan, sudut istimewa dan ciri-ciri seni bina utama.

Pintu dan tingkap

Ukur saiz pintu dan tingkap juga tinggi dan jarak setiap unit daripada lantai, siling dan tepi. Adalah satu idea yang baik untuk menandakan pada pelan ruang buka pintu dan tingkap. Jika anda merancang untuk mempunyai kabinet di bawah tingkap, ingat jarak minimum di antara bingkai tingkap dan lantai sepatutnya 90 sm dan lebih sesuai 105 sm.

Soket, suis, air, sambungan, dan lain-lain

Jadi anda telah mengukur benda-benda besar. Sekarang masanya untuk melihat kepada yang terperinci. Ambil nota lokasi soket elektrik, suis, sambungan air dan gas yang ada. Ingat ini boleh dialihkan agar sesuai dengan dapur baru anda. Tandakan anggaran kedudukan alur keluar, suis dan sambungan yang baru.


Kami boleh bantu anda

Dari pemasangan ke pilihan pembayaran yang fleksibel - ambil peluang daripada barisan lengkap servis dapur