Gambaran keseluruhan produk dapur

Cara untuk bersedia untuk perancangan:
Gambaran keseluruhan produk dapur

Apabila kami memperkatakan tentang rangkaian dapur kami bermakna semua yang menjadikan dapur anda lengkap. Jadi jika anda ingin lebih terperinci tentang kabinet, pintu, sink, peralatan, pelengkap dalaman, lampu dan lebih lagi - terdapat banyak maklumat berguna untuk anda.

FAKTUM adalah konsep yang akan anda gunakan berkali-kali. Itulah kefleksibelan kami, sistem dapur fleksibel dan asas untuk semua dapur bina dalam kami. Sebagai tambahan kepada FAKTUM, kami juga menawarkan dapur bersendirian, unit bersendirian bina dalam. Yang anda dapati pada penghujung bab ini ialah siri UDDEN.

Kabinet, laci dan para

Kabinet dapur adalah rangka kotak yang membentuk struktur kepada keseluruhan dapur anda. Dengan fungsi kritikal, ia adalah berbaloi untuk melabur untuk bahan berkualiti yang tahan selama bertahun-tahun kegunaan harian. Kabinet IKEA FAKTUM diperbuat daripada bod 18 mm yang kukuh (lebih tebal daripada kebanyakan yang sama harganya) dengan lapisan melamina untuk kemasan yang tahan lasak, tahan lembapan dan bebas calar. Apa lagi, keseluruhan produk boleh dikitar semula.

Oleh kerana FAKTUM terdapat dalam pelbagai saiz, anda boleh muatkan struktur ke ukuran dapur. Sistem melibatkan kabinet dasar dalam beberapa ukuran lebar yang berbeza, 2 unit penjuru khas dan kabinet dinding dengan pelbagai bentuk dan ketinggian.

Sink dan perkakasan bina dalam muat pada kabinet dapur yang direka bentuk untuk menampungnya. Untuk rangka FAKTUM, anda boleh menambah pilihan pintu kabinet dan pelengkap dalaman untuk dapur yang sesuai dengan cita rasa dan keperluan.
Kabinet dasar
Kabinet dasar adalah tempat yang ketara untuk semua barang dari periuk dan kuali hingga peralatan dan balang plastik. Juga terdapat kabinet dasar istimewa jika anda inginkan ketuhar bina dalam di bawah hob anda. Gunakan pelengkap dalaman RATIONELL untuk mengemaskan bahagian dalam kabinet anda. Bakul jaring yang boleh ditarik keluar, para yang boleh dilaras dan laci membolehkan anda melihat secara keseluruhan barang-barang dapur anda.
Kabinet penjuru
Cari apa yang sebenarnya yang anda cari untuk disesuaikan dengan kabinet penjuru untuk periuk, kuali atau barangan kering. Ia boleh dipasang dengan para pusing (90 sm) atau para yang ditarik keluar (120 sm).
Kabinet dinding
Terdapat kabinet dinding yang muat pada penjuru atau di belakang pintu kaca. Anda juga boleh memilih kabinet dinding yang mendatar dengan pintu yang boleh diangkat yang berpenampan untuk ditutup dengan lembut. Juga laci yang boleh ditarik sepenuhnya yang membolehkan anda menjadikan kabinet dinding yang diletakkan pada paras rendah menjadi penyelesaian storan yang praktikal. Kabinet dinding juga terdapat dalam dua ketinggian yang standard dan ukuran lebar yang banyak termasuk beberapa kabinet istimewa. Semuanya cukup dalam jadi anda mempunyai banyak ruang walaupun untuk pinggan hidangan besar. Lengkapkan dengan para yang boleh dilaras melamina atau kaca terbaja dan gabungkan kabinet dinding berlainan sesuka hati anda.T
Kabinet tinggi
Pilih kabinet tinggi jika anda inginkan ruang storan yang banyak di dalam dapur anda. Laci yang boleh ditarik sepenuhnya dengan penampan laci menjadi tempat menyimpan barang yang praktikal dan mudah mengambil barang-barang di dalamnya. Pintu kaca dan para boleh dilaras menjadi tempat untuk gelas mahal anda. Dan jika ia kabinet untuk barang-barang membersih, terdapat pelengkap tarik keluar untuk fungsi tersebut. Satu lagi bonus ialah kabinet tinggi kami terdapat dalam dua ukuran dalam dan tinggi serta lebar yang berbeza. Satu daripadanya pasti muat. two depths and different heights and widths. One of them is sure to fit.

Pintu

Ia adalah elemen penting dalam penampilan keseluruhan dapur anda. Sama ada anda inginkan keselesaan yang abadi, berteknologi tinggi, kelihatan kemas atau sesuatu di antaranya, rangkaian pintu kabinet kami boleh membantu menjadikan dapur impian anda menjadi realiti. Sebelum membuat pilihan anda, dapatkan maklulmat tentang pilihan bahan, gaya dan kemasan yang banyak.
Kayu padu
Kayu padu adalah bahan semula jadi yang hidup. Amat tahan lasak dan cantik dipandang, ia sesuai dengan pelbagai gaya dan perbelanjaan kerana balak berbeza kos dan penampilan. Kayu tahan calar dan kemek daripada permukaan lain tetapi kesan penuaan pada bahan ini mempunyai daya penarik tersendiri. Kayu adalah pilihan yang baik untuk pintu kabinet yang terdedah kepada tindakan kasar ahli keluarga yang muda. Cap jari tidak berapa jelas pada permukaan kayu berira. Dapur dengan kabinet berpintu kayu padu akan kelihatan cantik walaupun anak-anak telah membesar!
Venir kayu
Kerap dinyatakan sebagai penyelesaian yang lebih ekonomikal kepada kayu padu, venir telah wujud semenjak 1970-an. Apakah venir sebenarnya? Hanya dinyatakan, lapisan nipis kayu yang dilekatkan pada teras bod gentian sederhana (MDF) atau papan lapis. Kabinet venir kayu memberikan permukaan kerja yang mempunyai penampilan yang mesra, semula jadi kerapkali label harga tidak mahal. Tetapi jangan jadikan harga rendah mengelirukan anda, bahan ini stabil dan kurang cenderung meleding daripada kayu padu dan akan kekal cantik bertahun lamanya.
Lakuer
Pintu berlakuer mempunyai asas papan gentian dan dilapik dengan lakuer warna dan kemasan bercat. Ia menyediakan pilihan memuaskan yang ekonomikal sementara menawarkan lebih kefleksibelan apabila melibatkan warna dan gaya. Pintu berlakuer adalah praktikal dan mudah diselenggarakan.
Lapisan berglos tinggi
Lapisan membolehkan anda mendapatkan kemasan berglos tinggi yang boleh mengubah dapur menjadi kenyataan gaya. Ia adalah cantik, permukaan yang tahan lasak yang memantulkan cahaya ke dalam bilik. Walau bagaimanapun, ia tidak berapa sesuai untuk dapur yang kecil, jari melekit kanak-kanak pada pintu kabinet. Sebaliknya pintu berlapisan mudah dibersihkan dan diselenggarakan dan boleh menyerikan dapur yang gelap, memberikan warna cerah ke dalam bilik.
Kaca
Anda boleh gunakan beberapa pintu kaca untuk menambah kepelbagaian kepada barisan kabinet padu, menghasilkan rasa lapang di dalam dapur anda. Kaca juga berfungsi dengan kebanyakan gaya dapur daripada tradisional atau kedesaan hingga gaya moden. Dan ia kurang mahal dari apa yang anda fikirkan. Semua gaya kabinet dapur termasuk versi bahagian kaca di depan untuk digabungkan dengan pintu padu. Dan oleh kerana pintu kaca adalah diperbuat daripada kaca terbaja, anda tidak perlu risau ia pecah berderai.
Melamina
Melamina adalah lapisan kertas yang mempunyai cetakan warna tunggal atau cetakan bercorak dan kemudian dikekalkan. Kemasan lapisan dilekatkan menggunakan tekanan ke bod, selalunya bod zarah. Rawatan ini menjadi permukaan melamina yang tahan lasak, tahan haba, tahan air dan mudah dijaga.

Pemegang

Bahan, gaya dan saiz pemegang dan tombol yang anda pilih untuk pintu kabinet dan laci akan memberi kesan pada penampilan keseluruhan dapur anda. Di IKEA, anda akan mendapat pelbagai bahan dan reka bentuk dan banyak memegang yang mempunyai tombol yang sepadan jika anda inginkan kepelbagaian. Menukar pemegang dan tombol membolehkan anda menyerikan pintu lama dan laci menggunakan sedikit belanja dan ini memberikan bilik anda penampilan baru. Jarak di antara lubang adalah sama untuk kebanyakan pemegang, jadi anda tidak perlu menutup lubang skru yang lama.

Bahagian atas kerja

"Bahagian atas kerja adalah elemen kerja yang paling keras di dapur anda. Ia sepatutnya tahan sebarang hentakan, tumpahan, periuk panas dan pisau tajam. Tiada satu bahan yang tahan lebih dari bahan lain tetapi ini ialah apa yang anda harapkan daripada setiap satu.



Di IKEA, anda boleh memilih di antara bahagian atas kerja yang telah dipotong terlebih dahulu dan bertempah. Bahagian atas kerja yang telah dipotong terlebih dahulu di perbuat sama ada dari kayu berlamina atau kayu padu dan terdapat pilihan tidak ukuran panjang yang berbeza. Dan jika anda mempunyai reka bentuk atau ciri-ciri yang terperinci yang perlu di adakan, anda perlu menempah bahagian atas kerja akrilik, berlamina, batu atau kayu. "
Bahagian atas meja kayu
Bahagian atas kerja kayu akan menua dengan cantik jika anda kerap merawatnya dengan minyak. Kami telah merawat bahagian atas meja kayu kami terlebih dahulu untuk permulaan yang baik. Kemudian terpulang kepada anda untuk menyelenggarakan kayu dengan merawatnya dengan minyak rawatan kayu BEHANDLA dengan kerap. Minyak melindungi kayu daripada tanda, kesan kotoran dan rekah dan juga menghalang air meresap ke dalam permukaan dan merosakkan kayu.Jika permukaan kelihatan agak suram dan lusuh setelah beberapa lama digunakan, anda boleh berikan nafas baru dengan mengempelas dan menyapu minyak padanya. Ia akan kelihatan baru.
Bahagian atas meja akrilik
Dengan bahagian atas kerja bertempah akrilik, anda juga boleh memilih mangkuk sink yang sepadan dengan bahan yang sama. Semuanya dituang menjadi satu unit, tidak sambungan dan anda boleh memilih di antara empat warna berbeza. Permukaan kerja kurang calar dan tahan haba dari permukaan berlamina atau batu, permukaan kurang liang mudah dijaga agar bersih. Dan jika anda ingin menanggalkan sedikit calar dan kotoran, gilap permukaan dengan set membersih yang disertakan bersama.
Bahagian atas meja batu
Jika anda memilih bahagian atas kerja bertempah, anda akan mendapat permukaan kerja yang tahan lasak, tahan calar dan suhu yang tinggi. Lapisan 12 mm bahagian atas meja kerja adalah serbuk batu beracuan. Ini menjadikan permukaan tidak poros, llicin dan mudah dijaga agar bersih. Ia juga tahan kotoran dan tidak memerlukan sebarang pengisian. Permukaannya juga sentiasa kelihatan sama, iaitu sebagai pengetahuan tambahan jika anda inginkan beberapa bahagian atas kerja di dapur anda.
Bahagian atas meja berlamina
Jika anda inginkan bahagian atas kerja yang tahan kegunaan harian - pilih permukaan berlamina. Kami uji untuk memastikan ia boleh tahan periuk panas(180°C), juga tumpahan wain, minyak dan minuman panas. Ia juga tahan calar dan bahan kimia dan permukaan yang licin dan keras mudah dijaga agar bersih. Bahan diperbuat daripada plastik nipis berlamina dilekatkan pada bod zarah untuk kestabilan. Lamina terdapat pelbagai kemasan dan butir terperinci, jadi mencari yang kelihatan cantik dengan pintu kabinet adalah mudah.
Bahagian atas meja bertempah
Jika reka bentuk dapur anda adalah untuk penyelesaian yang bertempah, anda boleh melihat dengan lebih dekat pilihan bahagian atas kerja PERSONLIG bertempah. Mungkin anda inginkan tepi yang bulat, buat potongan sudut atau pasang jalur tepi. Anda akan dapati penyelesaian fleksibel sesuai dengan keinginan anda.

Sink

Sink dan paip dapur perlu melakukan lebih lagi daripada melengkapkan penampilan dan gaya dapur anda; ia juga perlu untuk menjadikan kerja di dapur lebih mudah. Dengan rangkaian kami,anda tidak perlu memilih di antara bentuk dan fungsi –anda boleh mendapat kedua-duanya. Semuanya diperbuat daripada bahan yang telah diuji dan diluluskan.
Satu mangkuk atau dua?
Bagaimana anda menggunakan sink anda? Adakah anda perlukan satu atau dua mangkuk sink? Jika anda membasuh banyak pinggan-mangkuk menggunakan cucian tangan, sink dengan pengetus boleh mengelakkan air dari terkena bahagian atas kerja. Pilih sink dengan pengetus atau mangkuk besar di bahagian kiri atau kanan sesuai dengan ruang dan cara anda bekerja. Kemudian buat keputusan tentang bahan - keluli tahan karat atau porselin. Kebanyakan sink kami boleh juga dilengkapkan dengan aksesori praktikal seperti landas cincang dan bakul membilas. Cara bijak untuk meluangkan ruang dan mendapat lebih ruang kerja.

Paip

"Paip dapur perlu sesuai dengan keperluan anda dan berupaya memenuhi banyak permintaan. Jika anda selalunya membilas pinggan-mangkuk anda, penyembur tangan amat berfungsi. Dan muncung yang tinggi memudahkan untuk membasuh periuk besar. "

Susun atur

Dengan bantuan susun ataur dapur, anda boleh menjadikan dapur mudah berfungsi, lebih berfungsi dan kelihatan lebih elok - walaupun di bahagian dalam.

Kaki dan ketapak

Lengkapkan kabinet dasar dan kabinet tinggi dengan ketapak, kaki atau kombinasi kedua-duanya. Semua kabinet IKEA boleh digunakan dengan pilihan ketapak atau kaki yang akan memberi kesan penampilan dan suasana dapur anda.
Kaki
Memasang kabinet anda dengan kaki yang menarik tanpa menutupnya dengan bod ketapak, menghasilkan tanggapan yang lebih terbuka, kurang padu yang menjadikan dapur kelihatan agak besar. Kaki keluli tahan karat terdapat dalam ukuran panjang yang berlainan supaya ketinggian bahagian atas kerja yang sesuai untuk anda. Setiap kaki boleh dilaras secara individu untuk mengelakkan ketidak samaan pada lantai. Untuk sebab-sebab keselamatan, kami tidak mengesyorkan menggunakan kaki pada pulau dapur yang tidak disambung pada lantai. Ini boleh dilakukan pada kaki UTBY yang tidak sesuai untuk lantai yang mempunyai pemanasan pada lantai.
Ketapak
Ketapak pula menambahkan rasa kestabilan kepada bilik untuk penampilan bersepadu yang tiada penghujung. Ketapak adalah sesuai untuk pulau dapur dan terdapat kemasan pelbagai dengan jalur plastik pada bahagian bawah untuk mengelakkan lembapan meresap ke dalam bahan. Untuk sebab yang sama, ketapak berlapisan mempunyai lapisan di bawah tepinya.

Para dinding

Menggunakan para dinding adalah cara hebat untuk memaksimumkan ruang di dapur anda. - dan untuk tambah sentuhan peribadi. Gunakan para yang telah dipotong terlebih dahulu atau para seperti MARGINAL yang boleh dipotong agar sesuai dengan ruang yang ada.

Panel dinding

Panel dinding melindungi dinding di belakang bahagian atas kerja dan hob daripada kesan kotor. Ia didatangi dengan pelbagai warna dan reka bentuk yang mudah dipasang ke dinding.

Pencahayaan

Mendapatkan campuran am, berfungsi dan cahaya suasana adalah punca dapur yang terang. Di IKEA anda dapati rangkaian lampu, lampu sorot dan lampu bersepadu yang banyak untuk kehidupan harian di dapur anda.

Dapur dan unit bersendirian

"Dapur bersendirian adalah alternatif kepada sistem dapur biasa. Dengan perancangan dapur yang minimal anda boleh menghasilkan keseluruhan dapur. Dan dengan menambah dapur, hud dan peti sejuk yang sepadan, anda boleh menghasilkan dapur lengkap dengan semua fungsi yang anda perlukan.

Unit bersendirian seperti troli dan pulau dapur adalah penyelesaian hebat apabila anda memerlukan lebih storan, utiliti atau ruang kerja. Banyak troli dapur yang disediakan dengan roda yang menjadikannya lebih mudah dialihkan. "
UDDEN
UDDEN adalah kontras kepada sistem siri unit dapur bersendirian FAKTUM. Setiap unit lengkap dengan sendiri dan seperti unit perabot mudah untuk merancang dan mudah membeli. Anda juga boleh mengalihkannya setiap kali anda ingin menukar dapur untuk menunjukkan keperluan anda, angin dan cita rasa atau membawakan bersama jika anda berpindah. Anda juga tidak perlu membeli semuanya sekali gus - anda boleh mulakan dengan beberapa unit dan tambah lebih lagi seterusnya.
Troli dan pulau dapur
"Apabila ruang kaunter tidak cukup, troli boleh memberikan anda permukaan kaunter tambahan. Dan dengan roda, adalah mudah menolak semuanya terus ke kawasan makan dan sebaliknya. "

Dibuat untuk bertahan. Dijamin.

Dari pemasangan ke pilihan pembayaran yang fleksibel - ambil peluang daripada barisan lengkap servis dapur

Sediakan ruang untuk semua barang

Atur ruang dia dalam laci dan kabinet menggunakan rekaan dalaman yang bijak

Ideas for your dream kitchens

From lighting to tips for saving energy – explore our kitchens and get ideas for yours.