Dasar Privasi IKEA

Rakan kongsi yang boleh dipercayai

Kami tahu kami tidak boleh bersendirian tanpa rakan kongsi yang penting iaitu anda; pelanggan kami, dalam menghasilkan kelengkapan rumah berkualiti tinggi dan berharga rendah. Sama ada anda membeli-belah di gedung IKEA, mengambil perabot anda di gudang layan diri atau memasang produk yang telah dibeli di rumah - kita bekerjasama dalam mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik di rumah pada harga yang mampu dimiliki. IKEA adalah berasaskan perkongsian dengan pelanggan kami. Tanpa anda, IKEA tidak mampu wujud. Perkongsian ini termasuklah cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda. Seperti membeli-belah di IKEA yang penuh dengan kerjasama, begitu juga dengan maklumat peribadi pelanggan. Dasar privasi adalah cara kami memberitahu anda maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, siapa yang akan didedahkan dengan maklumat anda dan bagaimana anda boleh mengakses, menukar dan menyingkir maklumat anda.

Bantu kami membina IKEA yang lebih baik

Kami memerlukan bantuan anda dalam usaha membina IKEA yang lebih baik. Anda boleh membantu kami dengan membekalkan pelbagai jenis makumat yang boleh membantu IKEA berkhidmat dengan lebih baik dan menambahbaik IKEA untuk semua orang. Di bawah ini adalah penerangan sebab kami memerlukan maklumat anda, dan juga bagaimana kami mendapatkan serta menggunakan maklumat ini. Sepanjang Dasar Privasi ini, apabila kami merujuk kepada "maklumat peribadi", ini bermakna maklumat yang anda beri kepada kami tentang diri anda, termasuklah nama, alamat pos, alamat emel dan nombor telefon.

Di mana kami mendapatkan maklumat peribadi anda:

  • Perhubungan pelanggan

    Kami memerlukan maklumat peribadi anda seperti nama, emel dan nombor telefon supaya wakil perhubungan pelanggan kami boleh memberi maklum balas kepada soalan anda. Maklumat ini digunakan untuk menjawab soalan anda secara lengkap dan menyeluruh yang mungkin.

  • Pertandingan

    Apabila kami menyertai pertandingan, kami memerlukan maklumat peribadi anda supaya kami boleh mengenalpasti dan mengesahkan pemenang pertandingan kami. Walau apa pun sebab kami mendapat maklumat peribadi anda, kami berjanji untuk menggunakannya secara yang diterangkan dalam Dasar Privasi. Anda membenarkan kami memproses maklumat peribadi ini dalam satu atau lebih cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini dengan memberi kami maklumat peribadi anda.

  • Maklumat yang kami dapat secara automatik:

    Kebanyakan pelayar internet mengambil berat tentang penggunaan 'cookies' di internet. 'Cookies' adalah fail kecil yang boleh digunakan untuk menyimpan maklumat yang telah anda berikan. 'Cookies' tidak boleh digunakan untuk 'mencuri' maklumat tentang anda atau sistem komputer anda. Laman web IKEA menggunakan 'cookies' untuk mengingati keutamaan anda. Sebagai contoh, laman web mungkin boleh mengingati laman yang anda layari untuk memudahkan anda melayarinya sekali lagi kemudian. Walau bagaimanapun, anda boleh memberhentikan 'cookies' jika anda mahu di Pilihan Internet pada pelayar web anda.

    Apa yang akan kami lakukan dengan maklumat anda:

  • Apa yang anda kongsikan bersama IKEA, kekal bersama IKEA

    Seperti anda, kami juga tidak sukakan spam. Jadi kami berikrar tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan.

    Kadang-kala kami melantik syarikat lain untuk menyediakan beberapa perkhidmatan seperti bantuan pemasaran. Kami akan mengehadkan maklumat peribadi yang diberikan kepada mereka, dan mereka hanya mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda yang diperlukan untuk menjalankan fungsinya. Ia dipantau secara ketat oleh IKEA supaya maklumat peribadi pelanggan kami sentiasa dilindungi.

  • Pemasaran

    Jika anda memberikan apa-apa maklumat peribadi anda kepada kami, ini bermakna anda membenarkan kami menghubungi anda untuk tujuan pemasaran, termasuklah mesej melalui pos, telefon, SMS atau emel.

    Kami akan memastikan kami hanya menghantar pesanan yang mungkin menarik minat anda - sebagai contoh tarikh jualan harga rendah gedung, butir-butir tawaran istimewa atau maklumat tentang produk dan perkhidmatan baru. Jika anda tidak mahu kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran ke atas anda, anda boleh memilih untuk menyingkirkan mesej pemasaran seperti ini pada bila-bila masa dengan menukar seting di Profil anda atau ikuti pautan berhenti melanggan di bawah emel yang kami hantar kepada anda.

    Menyimpan maklumat anda dan mengemaskinikannya:

  • Ada, tetapi tidak dapat dilihat

    Apabila anda berkongsi maklumat peribadi anda dengan IKEA, anda akan sentiasa mempunyai akses kepada maklumat ini. Anda boleh menukar sendiri butir-butir yang disimpan di dalam akaun anda apabila anda mewujudkan 'Profile' di laman web kami. Anda boleh mengemaskini, menukar atau menyingkirkan mana-mana maklumat perbadi pada bila-bila masa dengan menelefon, menulis atau mengemel kami menggunakan salah satu pilihan yang disediakan di bawah.

  • Melindunginya

    Kami komited dalam menyediakan kawalan sekuriti yang berpatutan untuk melindungi maklumat peribadi anda terhadap bahaya yang boleh diramal. Memastikan maklumat anda selamat adalah sangat penting kepada IKEA.
  • Perubahan alamat? Perubahan hati? Maklumkan kepada kami.

    Jika anda mahu kami mengemaskini maklumat peribadi anda, singkirkan nama anda daripada senarai mel kami, atau jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan dasar privasi IKEA atau maklumat peribadi anda, sila hubungi kami.

    Anda boleh menghubungi kami menerusi borang dalam talian atau emel kami di customerservice.ikeamy@ikano.asia 

    Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Perhubungan Pelanggan IKEA di +(603) 7726 7777, atau kirimkan surat anda ke:

    IKEA Malaysia,
    No 2, Jalan PJU 7/2,
    Mutiara Damansara,
    47800 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.

    Kami akan memberikan maklum balas kepada pertanyaan atau urusan anda secepat yang mungkin.

    Kadang-kala, kami mungkin berhasrat untuk menukar Dasar Privasi ini, jadi kami mencadangkan anda menyemaknya dari masa ke semasa supaya anda sedia maklum dengan sebarang perubahan.

    Dengan menggunakan laman ini, anda memberi kebenaran pada polisi peribadi di atas.