Polisi Cookie IKEA

Di IKEA, kami menggunakan cookie bagi menambah baik perkhidmatan kami untuk anda. Sesetengah cookie yang kami gunakan penting bagi fungsi sesetengah perkhidmatan, yang lain pula digunakan untuk mengumpul maklumat penggunaan laman web (statistik), jadi kami boleh menjadikan laman tersebut lebih mudah dan berguna untuk anda. Sesetengah cookie bersifat sementara dan akan hilang selepas anda menutup pelayar, manakala ada yang bersifat berterusan dan akan kekal di komputer anda untuk suatu tempoh. Kami juga menggunakan cookie tempatan yang terikat kepada kempen tempatan, dan akan hilang selepas kempen berakhir.

Sesetengah cookie penting untuk kefungsian laman tersebut, manakala yang lain digunakan untuk mempertingkatkan prestasi dan pengalaman penggunaan anda.

Cookie fungsian digunakan untuk:
• Mengingati butir log masuk anda
• Memastikan butir anda selamat ketika log masuk
• Memastikan laman web kekal konsisten

Cookie prestasi digunakan untuk:
• Mempertingkatkan prestasi laman web
• Mempertingkatkan pengalaman pengguna

Cookie sasaran digunakan untuk:
• Membolehkan anda berkongsi dan 'like'
• Menghantar maklumat ke laman web lain bagi mengubahsuai kandungan iklannya

Contoh penggunaan:

Cookie ini digunakan bagi menambah baik perkhidmatan untuk anda menerusi, sebagai contoh:
• Membolehkan kefungsian beberapa perkhidmatan spesifik seperti pembayaran yang tidak akan berfungsi tanpa cookie tersebut
• Membolehkan khidmat mengenal pasti peranti agar anda tidak perlu memberikan maklumat yang sama beberapa kali ketika melakukan satu tugas
• Mengira berapa orang yang menggunakan perkhidmatan agar ia boleh dijadikan lebih mudah digunakan dan bagi memastikan terdapat kapasiti cukup yang memastikan ia pantas
• Menganalisis data untuk membantu kami memahami cara anda menggunakan perkhidmatan dalam talian agar kami boleh menambah baiknya

Jika anda memilih untuk tidak menggunakan cookie ketika melayari laman web, sila ambil perhatian bahawa beberapa fungsi dan halaman tidak akan berfungsi seperti yang dijangkakan. Sebagai contoh, anda tidak dapat menggunakan ciri senarai beli-belah.

Jika anda mahu memadam sebarang cookie yang ada pada komputer anda, sila rujuk kepada arahan vendor pelayar anda dengan mengklik 'Help' pada menu pelayar anda.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang cookie serta cara memadam dan mengawalnya di www.aboutcookies.org atau klik 'Help' pada menu pelayar anda.