Polisi Pemulangan

Polisi Pemulangan


Berubah fikiran! Memang boleh.

Tiada polisi pemulangan tidak munasabah

Untuk pengembalian semula barangan, produk mestilah masih belum dipasang dan masih dalam bungkusan asal dalam tempoh 100 hari dari tarikh pembelian, beserta dengan resit utama untuk sama ada menukar pada barang/produk yang sama atau pulangan wang semula. Bayaran balik akan diserahkan dalam keadaan dan nilai yang serupa/sama pada pembelian/pembayaran asal. Pembelian tunai: bayaran balik wang tunai akan diserahkan. Pembelian menggunakan kad kredit: bayaran kredit akan dibuat pada kad kredit asal itu. Sila pastikan kad kredit asal diajukan semasa pemgembalian semula barangan.

Polisi pemulangan 100-hari kami tidak sah buat fabrik yang telah dipotong, tumbuhan, linen katil yang telah dibuka bungkusannya, barangan dapur, produk daripda As-Is, atau barangan yang ditempah mengikut spesifikasi sebagai contoh bahagian atas kerja yang ditempah khas dan produk yang rosak setelah meninggalkan gedung.

Sukakannya atau tukarkannya

Bila memperkatakan tentang tilam, kami menawarkan sesuatu yang istimewa! Memastikan bahawa anda menyukai tilam baharu SULTAN anda adalah penting bagi kami. Jadi, jika sepanjang tempoh tidur anda mendapati tilam tersebut terlalu keras atau terlalu lembut, bawa kembali tilam itu dan cuba tilam yang baharu. Dalam hal ini, tidak perlu tergesa-gesa. Anda ada 100 hari untuk tidur di atas tilam ini!

Jika tidak berpuas hati, anda boleh memulangkan dan menggantikan tilam anda dalam tempoh 100 hari dengan syarat barangan itu tidak berada dalam keadaan kotor, bertanda, rosak, atau disalahgunakan.

Sah laku polisi ini hanya untuk tilam baharu SULTAN dan tidak termasuk dasar SULTAN, bilah katil SULTAN, atau pelapik tilam SULTAN. Lihat maklumat terperinci tentang polisi di gedung IKEA.