Perkhidmatan Kanak-kanak

Bagi kami, kanak-kanak adalah perkara yang paling penting di dunia.


Di gedung IKEA, kami mempunyai pelbagai kemudahan untuk memastikan imaginasi kanak-kanak dapat di realisasikan dan pengalaman membeli-belah lebih bermakna.

Bilik menukar lampin

Di gedung IKEA, kami menyediakan bilik buat bayi menukar lampin untuk kemudahan buat ibu bapa yang mempunyai bayi.

Ruang membeli-belah

Buat mereka yang paling penting di dunia ini layak untuk punyai pilihan perabot yang direka khas buat mereka. Anda akan melihat pelbagai seleksi pilihan berwarna-warni, dan produk menarik buat bilik kanak-kanak. Sudah tentunya berbagai jenis mainan terdapat di sini.

Ruang menjamu selera

Jika anak-anak anda tidak gembira, anda juga pastinya tidak senang hati. Terutamanya jika anda membeli belah bersama. Dengan menu istimewa dan ruang untuk permainan buat kanak-kanak memang tidak dapat kami pisahkan! Kemudahan lain juga menjadi pelengkap seperti kerusi tinggi dan pemanas mikro untuk memanaskan susu. Kami juga mempunyai bilik buat bayi anda berdekatan dengan restoran untuk anda dan bayi.

Ruang untuk bermain (Småland akan ditutup dari 24 Jun - 31 Julai 2013)

Dari 24 Jun - 31 Julai 2013, Småland akan ditutup. Kunjungilah Småland dari 1 Ogos 2013 untuk ruang yang lebih berinspirasi untuk orang yang paling penting di dunia. Maaf atas sebarang kesulitan.