Inspirasi membeli-belah buat semua

Gedung IKEA sentiasa mempunyai kelebihan buat citarasa setiap lapisan umur. Seperti idea kemasan dan dekorasi buat rumah anda, kisah-kisah menarik untuk pengembaraan anak anda sehinggalah kepada hidangan enak di restoran kami. Segalanya terdapat di bawah satu bumbung.

Cuba setiap barangan di bilik pameran dan dapatkan segala yang anda perlukan buat rumah anda di Ruang Serbaneka.


Bilik Pameran IKEA adalah gedung terbesar yang mempamerkan pelbagai pilihan perabot. Di sini anda akan mendapati banyak inspirasi idea dan susunan perabot realistik mengikut jenis bilik. Di sinilah tempat buat anda mencuba segala jenis perabot kami; berbaring di katil, berehat di sofa, atau membiarkan anak-anak anda memilih perabot bilik mereka sendiri.

Ruang Serbaneka Di Ruang Serbaneka anda akan merasa seperti: seluruh kedai yang mempunyai keistimewaan tersendiri di bawah satu bumbung. Anda akan dapati semuanya ada di sini daripada permaidani ke tekstil sehinggalah bingkai gambar dan jam. Anda juga akan melihat pelbagai variasi lampu dan pencahayaan rumah, segala barangan di dapur anda dan banyak lagi barangan unik sesuai dijadikan hadiah buat teman dan keluarga ataupun untuk diri sendiri.

Berehat seketika dan nikmatinya di restoran


Berehat seketika di Restoran IKEA, setelah puas membeli-belah. Anda juga boleh memulakan hari anda dengan sarapan pagi di IKEA. Atau, apa kata nikmati minum petang anda dengan secawan kopi dan kek. Di sini anda akan nikmati hidangan sihat dari Sweden dan makanan tradisionalnya dengan harga yang rendah. Restoran ini mesra kanak-kanak di mana terdapat kerusi tinggi dan tempat untuk mereka bermain. Tambah menarik, restoran kami juga mempunyai menu hidangan kanak-kanak. Di sini, kami menyediakan bilik penjagaan bayi yang terletak berdekatan dengan restoran untuk anda dan si kecil.

Biarkan anak-anak bermain sementara anda membeli-belah


Ini adalah satu kenyataan - kadangkala kanak-kanak tidak berminat untuk membeli-belah. Kerana ada perkara lain yang lebih menarik untuk mereka lakukan. Mereka suka bermain. Småland adalah kawasan permainan yang besar buat mereka, tempat anda boleh meninggalkan mereka dalam jagaan selamat kami sementara anda membeli-belah. Ia adalah tempat sempurna dan dijaga rapi untuk anak-anak anda melompat, memanjat, berlari dan bertenaga di sini. Di sini juga terdapat ruang yang senyap dan tenang untuk mereka menonton filem dan membaca buku.

Bawa pulang citarasa Sweden


Jika anda pernah nikmati bebola daging kami yang terkenal, jangan lupa untuk membawanya pulang ke rumah dari Kedai Khas Makanan Sweden. Segala yang anda perlukan untuk makan malam seluruh keluarga -mudah dan segera!