Bagaimana ingin membeli

Kami menyediakan gedung IKEA buat anda membeli belah dengan cara anda.


Bersama kita mengekalkan harga rendah di IKEA.

Selain salinan katalog kami untuk anda membuat rujukan, gedung kami menyediakan pita pengukur, pensil dan pad nota buat anda menulis maklumat produk dan senarai harga barangan yang anda inginkan. Dapatkan beg kuning yang besar untuk anda mengambil barangan kecil kegemaran anda. Kami juga menyediakan troli untuk kemudahan anda.

Anda memilih, membuat perbandingan dan menguji segala produk kami di Bilik Pameran.
Dengan hanya melihat tanda harga. Ia jelas segala maklumat tentang produk tersebut. Anda akan mendapati segala maklumat terperinci tentang produk ada di dalamnya termasuk tanda harga - warna, bahan, saiz, ciri-ciri dan cara penjagaannya.
A) Anda akan melihat di mana lokasi untuk mengambil produk ini di kawasan perabot layan-diri di Markethall kami.
B) … ataupun anda boleh mencari staf kami dan beritahu produk apa yang anda mahukan.
Lihat kepada tanda harga. Ia jelas menunjukkan dimana sepatutnya anda pergi.

Anda menulis seleksi pilihan produk pilihan anda dan dimana lokasi produk tersebut.
Gunakan pad nota dan pensil yang anda boleh dapati di dalam gedung kami.

Anda mengambil sendiri barangan yang anda mahukan. Kebanyakan produk IKEA di datangkan dengan pek leper. Ia memudahkan anda untuk membawanya pulang.
Semak label pada kotak untuk memastikan kandungan di dalamnya betul.
Dalam perjalanan anda untuk pulang, anda akan melalui Kawasan Layan-Diri. Di sini adalah tempat untuk anda mengambil perabot dalam bungkusan leper yang anda dapati di Bilik Pameran kami. Mengambil barangan yang anda mahukan adalah kunci paling penting pembelian di IKEA dimana kami menggunakan pendekatan penglibatan pelanggan untuk mengekalkan harga rendah. Namun, sudah tentu masih ada seseorang yang bakal membantu anda jika anda perlukan.

Di IKEA kami seboleh-bolehnya berjimat, jadi kami membantu anda berjimat juga. Di As-Is, anda dapati ada produk kami yang tidak seperti kondisi asal, seperti barangan pameran dan produk daripada pelanggan yang dipulangkan, segalanya boleh dibeli semula dengan harga yang rendah. Harga asal dan penerangan tentang kondisi produk juga terdapat pada setiap barangan di sini.

Anda membawa pulang produk dengan sendiri ke rumah… atau membuat tempahan penghantaran dengan harga yang rendah.

Sesetengah barangan perlu diambil di kaunter Merchandise Pick-up setelah anda membayar produk tersebut di kaunter Pembayaran. Anda hanya perlu memberikan resit dan Pesanan kepada pekerja dikaunter.

Anda memasang sendiri produk anda dan nikmatinya dalam masa yang sama.
Ikut arahan pemasangan dengan teliti. Kami juga menyediakan servis pemasangan.

Jika anda berubah fikiran. Tidak 100% berpuas hati? Tidak mengapa - kami mempunyai polisi pemulangan selama 100-hari.