Kukuhkan atau Kembalikan!
Bersama mencipta rumah yang lebih selamat
No Youtube Player
IKEA memberi pilihan kepada pelanggan dalam keyakinan terhadap almari berlaci
Kita semua mahukan rumah kita untuk menjadi tempat yang selamat. Tapi di rumah kita, kemalangan menjadi risiko kepada kanak-kanak. Dengan bekerjasama, kita boleh mencegah kemalangan sebegini dan jadikan rumah tempat yang lebih selamat.

Cara terbaik untuk mengelakkan kemalangan akibat rebah adalah dengan memastikan almari dan kabinet bebas ditambat ke dinding. Kami telah menyertakan penahan rebahan dengan semua perabot yang perlu dikukuhkan, dan sambungan pada dinding merupakan bahagian pelengkap dalam arahan pemasangan.
 contact us
Kukuhkan!
Jika anda memiliki almari berlaci IKEA yang tidak dikukuhkan ke dinding, sila hubungi atau kirimkan e-mel kepada pusat perhubungan pelanggan kami, atau datang ke gedung terdekat anda untuk dapatkan kit penambat secara percuma. Sebagai alternatif, kami boleh hantarkan kit kepada anda. Sekiranya anda tidak pasti cara memasang kit itu, kami akan aturkan seorang pekerja untuk membantu anda melakukan tugasan penting ini.

Kembalikan!
Sekiranya anda tidak dapat menambat almari berlaci IKEA atau anda berasa tidak selesa dengan produk itu, kami alu-alukan anda mengembalikannya ke IKEA untuk dapatkan bayaran balik.
Hubungi kami!
Pusat Perhubungan Pelanggan
Hubungi: +603 7952-7575
E-mel: customerservice.IKEAmy@ikano.asia
Kotak teks biru
Cegah kemalangan akibat perabot rebah
Ilustrasi almari melekat pada dinding dan jangan memanjat almari
• Kukuhkan! Perabot mesti dikukuhkan ke dinding. Gunakan penahan rebahan yang disertakan bersama produk dan perkakas yang betul untuk jenis dinding anda. Rujuk panduan menambat dinding kami untuk bantuan.
• Jangan letak TV atau objek berat lain di atas almari berlaci atau sebarang perabot yang bukan untuk digunakan bersama TV.
• Tempatkan objek yang berat ke dalam laci yang paling bawah.
• Jangan biarkan kanak-kanak memanjat atau berpaut pada laci, pintu atau para.
Kotak teks biru
Panduan menambat dinding Kukuhkan!
Perabot mestilah ditambat dengan kukuh ke dinding.
Perkakas yang digunakan untuk mengukuhkan perabot anda pada dinding bergantung kepada bahan dinding anda. Jika bahan dinding anda tidak tersenarai atau jika anda mempunyai sebarang soalan, rujuk pada penjual perkakas tempatan.
Bahan dinding
Dinding kering atau plaster bersama stud kayu tersedia ada
Peranti memasang penahan rebahan
Skru dimasukkan terus ke dalam stud. Sebagai contoh, skru kayu 5 mm disediakan dengan palam dan set skru IKEA FIXA (Gambar 1)
Orange lineIllustration on a screw inserted in a wood stud
Gambar 1
Bahan dinding
Dinding kering tanpa stud kayu tersedia ada
Peranti memasang penahan rebahan
Palam dengan skru. Sebagai contoh, palam 8 mm disediakan dengan palam IKEA FIXA dan set skru (Gambar 2)
Illustration on a screw and a wall plug inserted in a wall without wood studOrange line
Bahan dinding
Kerja batu
Peranti memasang penahan rebahan
Dinding padu: Palam dengan skru. Sebagai contoh, palam 8 mm disediakan dengan palam dan set skru IKEA FIXA (Gambar 3A)
Dinding Lompang: Kancing ruas (Gambar 3B)
Illustration on a srew and a plug inserted in a solid masonry wallIllustration on a toggle bolt inserted in a hollow masonry wall
Gambar 2
Gambar 3A
Gambar 3B
Kotak teks biru
Kita semua tak risau lagi walaupun ia kecil
Kemalangan boleh berlaku, terutamanya jika anda ada anak. Tetapi adanya persediaan boleh halang kemalangan paling serius daripada berlaku.
Produk keselamatan rumah dan keselamatan kanak-kanak kami mudah dipasang dan diguna, dan menjangkau setiap kawasan di rumah.
Lihat produk keselamatan kanak-kanak dan keselamatan rumah kami
Dua orang kanak-kanak bermain di atas ambalPenjuru meja dengan penampan bucu