Warisan Sweden

Asal-usul orang Sweden


Bukanlah sesuatu diluar jangkaan bagi mengapa logo IKEA biru dan kuning. Ini sebenarnya warna bendera Swedish.
 
Di Sweden, alam dan kediaman memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Secara fakta, cara terbaik untuk menerangkan tentang kelengkapan rumah Swedish adalah melalui alam semulajadi - padat dengan cahaya dan udara segar, tetap dipelihara dan semulajadi.

Gaya hidup orang Sweden


Ramai orang menyamakan Sweden dengan kesegaran, cara hidup yang sihat. Gaya hidup Swedish mempengaruhi rangkaian produk IKEA. Kesegaran udara yang terbentang luas mempengaruhi warna dan bahan yang digunakan dan deria ruang yang dicipta: kayu papan, tekstil semula jadi dan permukaan asal. Di negara yang dingin dan gelap kebanyakan masa, cahaya ini, menjadikan ruang kehidupan mencipta sensasi cahaya musim panas sepanjang tahun.

Pengaruh masa lalu


Lewat tahun sekitar 1800, artis Carl dan Karin Larsson menggabungkan pengaruh klasik dengan gaya hangat bersahaja orang Sweden. Mereka mencipta model reka bentuk kelengkapan rumah Swedish yang menjadi kegemilangan di seluruh dunia kini. Pada 1950, gaya moden dan mudah guna berkembang sejajar ketika Sweden memperkenalkan asas kemanusiaan pada kesaksamaan sosial. Rangkaian produk IKEA - moden tapi tidak keterlaluan, serba guna dan menarik, mesra pengguna dan mesra kanak-kanak - sentiasa berada dalam tradisi kelengkapan rumah Swedish.

Asal-usul Småland kami


Konsep IKEA, sama seperti pengasasnya, lahir di Småland. Ini adalah sebahagian dari selatan Sweden iaitu tanahnya nipis dan suram. Penduduknya terkenal dengan kesungguhan, hidup sentiasa bekerja keras bermakna mencari ikhtiar dengan bijak dalam menggunakan sumber mereka yang terhad sebaiknya. Inilah cara terbaik yang sentiasa digunakan IKEA dalam memastikan harga rendah. Tetapi kami masih mengutamakan kualiti. Sweden mempunyai reputasi antarabangsa bagi keselamatan dan kualiti yang dipercayai, dan pembekal IKEA berbangga dalam memberi kualiti terbaik mengikut situasi.

Kehidupan orang Sweden


IKEA diasaskan ketika Sweden sedang pesat membangun menjadikan ia contoh yang mengambil berat tentang kehidupan, orang kaya dan miskin kedua-duanya diambil berat. Ini juga tema yang sesuai dengan visi IKEA. Dalam memberi kebanyakan orang kehidupan seharian yang baik, IKEA menawarkan pengguna sebagai rakan, sebagai contoh, perabot itu dibuat pasang sendiri agar boleh menjadikan harga rendah. Rangkaian produk adalah mesra kanak-kanak dan merangkumi keperluan keseluruh keluarga, tidak kira tua atau muda. Jadi, marilah bersama-sama mencipta kehidupan seharian yang lebih baik untuk semua orang.

Facts & Figures

Read more about key facts and figures for 2008.

Our history

How IKEA went from a small entrepreneur into a global retailer.

Our responsibility

Taking responsibility for people and the environment is a prerequisite for doing good business.