Rangkaian produk kami

Rangkaian produk kami


Rangkaian produk IKEA mempunyai aplikasi yang luas. Pertama, luas penggunaannya. Anda boleh mendapati segala yang diperlukan untuk rumah, dari tumbuhan dan kelengkapan bilik ke barang mainan dan seluruh dapur. Kedua, kepelbagaian dalam gaya. Bersifat romantik seperti minimalis. Yang secara muktamad, dikoordinasikan, rangkaian produk dari segi penggunaan dan gaya pada satu masa, dan setiap masa. Tidak kira apa gaya anda inginkan, pasti ada sesuatu untuk semua.
 
Semua orang boleh menghasilkan produk berkualiti pada harga yang tinggi, atau produk yang berkualiti rendah dengan harga yang rendah. Tapi untuk menghasilkan produk yang bagus pada harga yang rendah, anda perlu memikirkan cara yang menggabungkan inovasi dan kos-efisien. Itu sebabnya di IKEA kami menggunakan cara yang berlainan.

Kami reka tanda harga terlebih dahulu


LAMPAN telah dicipta dari asas pemikiran iaitu gabungan harga yang amat rendah beserta reka bentuk yang cantik dan tinggi kualiti adalah tidak mustahil. Dengan memikirkan harga yang rendah, pereka kami mula mengkaji keseluruhan proses pembuatan, temasuk bahan, logistik, tenaga kerja dan kos pengangkutan. Kesudahan yang dikecapi adalah kejayaan yang membanggakan bagi pembungkusan terendak lampu boleh digunakan sebagai bekas untuk asas lampu.

Kami melihat dari sudut berbeza


Salah seorang pembangun produk IKEA mengambil keputusan untuk menggunakan pintu sebagai bahagian atas meja yang menggunakan binaan rangka atas bod - melapiskan kepingan kayu atas teras berbentuk sarang lebah yang memberi satu struktur ringan yang kuat dengan kandungan kayu yang minimum. Jenis pembinaan ini adalah kos-efektif dan mesra alam, digunakan pada masa kini dalam produk IKEA seperti meja LACK semenjak tahun 1980.

Pek leper menjimatkan kos perkapalan


Pembungkusan leper kami dan pengguna memasang produk sendiri mampu membolehkan kami mengurangkan tenaga kerja, pengangkutan dan kos menyimpan. IKEA mereka perabot agar ia mudah dibungkus tanpa pemasangan. Oleh itu, kami mampu menawarkan produk kepada pengguna pada harga yang rendah.

Tanggungjawab kepada pengguna dan alam sekitar


Di IKEA Group, kami percaya dengan memikul tanggungjawab pengguna dan alam sekitar adalah syarat untuk menjalankan perniagaan. IKEA bekerja keras untuk mengurangkan impak pada perubahan suhu cuaca dan produk IKEA mesti dihasilkan dalam keadaan persekitaran kerja terbaik dari pembekal yang mengambil tanggungjawab untuk alam sekitar.

Rekaan dan fungsi yang bagus


Bukan mudah menggabungkan rekaan dan fungsi yang bagus pada kualiti terbaik, juga harga yang berpatutan. Tapi kami tidak akan tahu jika tidak mencuba. Dengan bekerja bersama pengilang yang cekap, pereka IKEA mampu mencari keseluruhan bahan mentah. Kami konsisten mencari kesimpulan pintar untuk memenuhi kehendak pengguna.

Produk dan bahan


IKEA berusaha untuk memastikan produk dan bahan diadaptasi bagi mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar dan selamat untuk pengguna dari segi kesihatan. Sebagai sebahagian dari idea perniagaan, kami sentiasa mengekalkan harga rendah dan menggunakan sumber yang ada sepenuhnya apabila mencipta produk kami. Kami berusaha untuk memperbaharui dan mengkitar semula produk kami.

Tanggungjawab kami

Memikul tanggungjawab untuk orang ramai dan alam sekitar adalah syarat untuk menjalankan bisnes yang bagus.

IWAY – Tatakelakuan kami

Garis panduan tentang apa yang pembekal boleh harapkan daripada IKEA dan apa yang IKEA perlukan daripada pembekalnya.