Produk kelengkapan rumah yang berkualiti dengan harga yang mampu dibeli


Harga rendah merupakan satu visi dan idea perniagaan dalam menentukan hala tuju di IKEA. Asas di sebalik pemikiran di seluruh konsep IKEA adalah rekaan menarik dengan harga rendah, fungsi kelengkapan rumah sesuai untuk semua. Oleh itu, visi kami adalah untuk mencipta kehidupan yang lebih baik buat semua orang.
 
Kami konsisten untuk mencuba segala supaya lebih baik, lebih mudah, dan lebih efisien dan sentiasa kos efektif. Semua unit di IKEA memainkan peranan penting dalam mengekalkan harga yang rendah buat pengguna.

Lihat dari sudut berbeza


Salah seorang pembangun produk IKEA mengambil keputusan untuk menggunakan pintu sebagai bahagian atas meja yang menggunakan binaan rangka atas bod - melapiskan kepingan kayu atas teras berbentuk sarang lebah yang memberi satu struktur ringan yang kuat dengan kandungan kayu yang minimum. Jenis pembinaan ini adalah kos-efektif dan mesra alam, digunakan pada masa kini dalam produk IKEA seperti meja LACK semenjak tahun 1980.

Pembangunan dan pengeluaran rangkaian produk


Di IKEA, kami mulakan dengan mereka tanda harga dan seterusnya membangunkan produk mengikut harga yang ditetapkan. Pencipta dan pereka produk IKEA bekerjasama bersama pembekal untuk memastikan harga rendah dicipta bermula dari asasnya. Mereka memilih pengeluaran perkakasan maksimum menggunakan bahan mentah secara effisien dan mengaplikasi innovasi teknikal dan reka bentuk yang terbaik. Segalanya adalah tentang keseluruhan proses pengeluaran, pengurangan bahan buangan secara minimum dengan mengambil kira pengangkutan pek leper dan pemasangan sendiri. IKEA Sweden di Älmhult, Sweden, mencipta seluruh rangkaian IKEA.

Pembangunan dan pengeluaran


IKEA Group mempunyai lebih 31 pusar pengedar di 16 buah negara, membekal keperluan untuk gedung IKEA. Ia mempunyai 45 buah pejabat dagangan di 31 negara. Ini membolehkan kami mencipta hubungan yang rapat antara 1,350 pembekal di 50 buah negara.

Kumpulan industri


Swedwood Group mengeluarkan perabot berasaskan kayu dan komponen kayu. Swedwood telah mengilangkan unit-unit di lebih 11 negara, kebanyakannya di Eropah. Disetiap produksi bermula dari pokok di hutan, penebangan, dan kayu papan sehingga pengeluaran perabot, kami berusaha mencapai kos efisyen sementara mengambil tanggujawab sosial dan persekitaran. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang Swedwood Group

Gedung IKEA


Gedung IKEA mempamerkan pelbagai rangkaian produk dekorasi bilik, memberi inspirasi dan penyelesaian perkakasan rumah buat pengguna. Bagi memastikan harga rendah, gedung IKEA membeli dan mengangkut produk dalam kuantiti besar yang terletak di kawasan murah dan mengambil kesempatan dari servis layan diri dan konsep pemasangan sendiri.

Pakar dan fungsi sokongan


Sebuah organisasi seperti IKEA Group memerlukan fungsi-fungsi sokongan dalaman untuk beroperasi dengan lancar. IKEA IT menyediakan penyelesaian-penyelesaian IT kos efektif bagi semua unit-unit IKEA. IKEA Food Services bertanggungjawab untuk kecekapan kos dalam belian makanan, pembangunan dan penghantaran-penghantaran kepada restoran-restoran IKEA, kafe dan Kedai Khas Makanan Sweden. IKEA Indirect Materials & Services menyediakan IKEA dengan produk-produk dan perkhidmatan digunapakai rakan sejawatan IKEA, tidak termasuk produk-produk kelengkapan rumah. Ini hanya beberapa contoh fungsi-fungsi sokongan IKEA.

Tanggungjawab kami

Memikul tanggungjawab untuk orang ramai dan alam sekitar adalah syarat untuk menjalankan bisnes yang bagus.

IWAY – Tatakelakuan kami

Garis panduan tentang apa yang pembekal boleh harapkan daripada IKEA dan apa yang IKEA perlukan daripada pembekalnya.