Kehidupan harian yang lebih baik


Idea perniagaan IKEA ialah untuk menawarkan kepelbagaian perabot rumah dengan perancangan baik dan berfungsi pada harga begitu rendah dan berpatutan buat seluruh lapisan masyarakat.
 
Kebiasaannya, rekaan perabot cantik dicipta untuk sesetengah orang yang mampu memilikinya. Dari awal lagi, IKEA telah mengambil satu alternatif lain. Kami telah memutuskan berpihak kepada ramai orang. Dengan cara ini kami memberi respons kepada keperluan dan kelengkapan rumah seluruh dunia: rakyat dengan pelbagai keperluan berbeza, citarasa, impian, aspirasi dan saiz perbelanjaan; orang ramai yang mahu meningkatkan rumah mereka dan kehidupan harian mereka.
 
Tidak sukar untuk menghasilkan perabot berkualiti tinggi: hanya membelanjakan wang dan biar pelanggan-pelanggan membayar. Jadi untuk mengeluarkan perabot yang tahan dan cantik pada harga rendah tidak begitu mudah - ia memerlukan pendekatan berbeza. Segalanya mengenai penemuan penyelesaian mudah dan pelbagai cara penjimatan, proses atau pelbagai pendekatan diambil - bukan hanya pada idea semata-mata.

Kami tidak dapat lakukannya sendiri


Idea perniagaan kami berasaskan satu perkongsian dengan pelanggan. Pertama kami lakukan bahagian kami, bermula dengan pereka kami bekerja dengan pengeluar bagi mencari cara pintar untuk membuat perabut menggunakan proses-proses pengeluaran sedia ada. Kemudian pembeli kami dari seluruh dunia mencari pembekal-pembekal dengan bahan-bahan mentah paling sesuai. Kemudiannya, kami membeli dengan pukal, pada satu skala global, supaya kami boleh mendapat persetujuan yang terbaik, dan anda boleh mendapat harga paling rendah.

Jadi anda lakukan peranan anda


Dengan menggunakan katalog IKEA dan melawat gedung kami, anda memilih perabot dan mengambilnya di gudang layan diri. Kerana kebanyakan barang rata-ratanya di bungkus dengan pek leper, jadi anda boleh mendapat barangan rumah dengan mudah, dan memasang produk sendiri. Ini bererti kami tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan buat anda untuk perkara yang anda mampu lakukan sendiri. Jadi bersama kita, berjimat untuk satu kehidupan harian lebih baik.

Sejarah kami

Bagaimana IKEA berkembang daripada perusahaan kecil kepada peruncitan global.

Jawatan kosong di IKEA

Apabila anda membangun, IKEA juga membangun.

Bilik media

Dapatkan siaran akhbar terkini dan hubungan media.