Sejarah
Sejarah IKEA - bagaimana ia bermula
Sejarah berikut jelas menunjukkan bagaimana IKEA membangun sejak enam dekad lalu dari hutan di selatan Sweden sehingga ia berkembang dan menjadi peruncitan utama di lebih 40 buah negara/jajahannya seluruh dunia.
Cerita IKEA bermula pada tahun 1926 tempat pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di 'Elmtaryd', sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaan.




