1990

Polisi alam sekitar yang pertama di IKEA
Kumpulan IKEA mencipta polisi alam sekitar untuk memastikan syarikat dan pekerja mengambil langkah tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan menganjurkan aktiviti dalam perniagaan. Untuk keterangan lanjut, sila layari Tanggungjawab Kami.


IKEA tiba di Hungary
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Budapest.

1991


IKEA tiba di Republik Czech dan Poland
Gedung IKEA yang pertama di Czechoslovakia dibuka di Prague. Gedung IKEA pertama di Poland dibuka di Poznan.

Swedwood - Kumpulan Industri IKEA
IKEA memperoleh kilang kayu miliknya sendiri dan menubuhkan kumpulan industri Sweedwood untuk mengeluarkan komponen perabot berasaskan kayu. Untuk keterangan lanjut, sila layari Swedwood laman sesawang Kumpulan Swedwood.

1993


IKEA dan FSC
Kumpulan IKEA telah menjadi ahli rasmi kepada organisasi perhutanan Forest Stewardship Council (FSC). Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang Perhutanan atau FSC.

1994


MAMMUT
Berani untuk kelainan. Seluruh siri perabot buat kanak-kanak di perkenalkan, bukan sahaja memenuhi imaginasi kanak-kanak tetapi mampu berdiri sebagai permainan mereka. Seluruh produk direka dengan ketahanan daripada bahan tahan lasak dan punyai rekaan berpenjuru bulat untuk keselamatan mereka.

1995


Koleksi PS pertama IKEA dilancarkan
Dirasmikan pada hari yang sama dengan Pameran Perabot di Milan, PS adalah POST SCRIPTUM, atau tambahan terbaru untuk dunia reka bentuk IKEA. Koleksi IKEA PS adalah satu cara untuk berkongsi nilai rekaan IKEA telah - bentuk dan berfungsi pada harga rendah. IKEA PS memberi pereka jalan mudah yang tidak mengekang untuk membentuk ciptaan terbaru, tujuan adalah untuk mencipta produk yang emosi, menarik dan mudah jangka, mensasarkan mereka yang mempunyai citarasa individu hinggalah gaya yang biasa.

1996


IKEA tiba di Sepanyol
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Barcelona.

IKEA tiba di Malaysia
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Kuala Lumpur.

Kerusi kanak-kanak DAGIS oleh Richard Clack dilahirkan
Richard Clack mengambil masa yang lama dan sukar terhadap kanak-kanak sebelum merekabentuk kerusi ini. Kerusi kanak-kanak tidak mempunyai permukaan tajam, agak lembut tetapi agak kasar dan lasak pada bila-bila masa. Jadi, beliau merekabentuk kerusi ini untuk memenuhi keperluan kanak-kanak melalui satu perubahan kecil - kerusi versi ini boleh disusun bertindan untuk menjimatkan ruang dan melancarkan pergerakan.

1997


IKEA di laman sesawang
Laman sesawang IKEA www.IKEA.com di lancarkan.

Kanak - kanak IKEA di lancarkan
IKEA menawarkan kelengkapan rumah kepada keseluruhan keluarga, tetapi kerana kanak-kanak adalah orang yang paling penting di dunia, IKEA membuat keputusan membina rangkaian produk untuk mereka. Kami bekerja dengan ramai pereka untuk membina produk yang berguna untuk pembangunan dan tumbesaran kanak-kanak, skil koordinasi, skil sosial dan kreativiti. Produk ini dirasmikan pada 1997,terus dijual sehingga kini dipilih oleh mereka yang sememangnya pakar: kanak-kanak itu sendiri. Malah gedung kami mengambil berat tentang keinginan kanak-kanak dengan menyediakan tempat bermain, rekabentuk bilik kanak-kanak, kawasan bayi, dan makanan istimewa di restoran.

IKEA 365+ setiap hari sepanjang tahun
Rangkaian IKEA 365+ dirasmikan - Rangkaian fungsi, produk harian yang menarik untuk penyediaan, masakan, hidangan dan permakanan. Produk direka untuk menjadikan kerja dapur lebih mudah dan seronok, dalam masa sama membawa keindahan dalam kehidupan seharian dari bentuk, rupa dan warnanya.

1998


IKEA tiba di China
Gedung IKEA pertama dibuka di Shanghai

Pengurus perhutanan pertama digaji di Kumpulan IKEA
IKEA menggaji pengurus perhutanan pertama yang bekerja sepenuh masa bagi mempertahankan keselamatan penggunaan sumber hutan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Perhutanan.

1999


Pekerja dan gedung kami
Kumpulan IKEA membesar kepada 50,000 orang pekerja dan mempunyai 158 gedung di 29 negara. Untuk fakta semasa, sila layari Fakta & Kiraan atau Gedung IKEA Group.
 
Presiden dan CEO terbaru
Anders Dahlvig menjadi Presiden dan CEO Kumpulan IKEA, mengambil alih dari Anders Moberg
 
Majlis The Big Thank You
Majlis unik Big Thank You pada 9 Oktober 1999 adalah ganjaran dan anugerah kepada kebanyakan pekerja di dalam kumpulan IKEA. Jumlah jualan untuk hari istimewa ini, diseluruh dunia, dibahagikan kepada semua pekerja - jumlahnya kira-kira 84.85 Juta Euros. Ini adalah cara terbaik untuk berterima kasih kepada kesungguhan pekerja IKEA yang menyumbang kepada kejayaan berterusan syarikat.
 
Pembaikan pelajaran di Kosovo
Kumpulan IKEA menyumbang dana kepada UNICEF dan Save the Children untuk kegunaan bagi pembinaan semula sekolah, bahan-bahan ilmiah pelajaran untuk kanak-kanak dan latihan istimewa untuk guru di bumi bekas perang Kosovo. Untuk keterangan lanjut, sila layarilaman sesawang UNICEF.

IKEA memenangi anugerah antarabangsa bagi dapur VÄRDE
VÄRDE ialah cara pemikiran baru tentang dapur. Reka bentuk modular yang unik membolehkan pengguna mencipta keseluruhan dapur dari awal atau menambah unit sana atau sini dengan mudah. Bentuk yang inovasi, berfungs, kajian kecekapan pekerjaan, kesesuaian ekologi dan ketahanan digabungkan dengan reka bantuk menarik, membantu VÄRDE memenangi Red Dot Award untuk Highest Design Quality, dianjurkan oleh Design Zentrum Nordrhein Westfalen di Jerman.

Maklumat lanjut

Muat turun laporan kami, Tatakelakuan, dll.