1980an

1980


Meja LACK tiba
Meja kopi berharga rendah, berfungsi diperbuat daripada teknik yang selalunya digunakan untuk bahagian dalaman pintu, menjadi meja utuh dan ringan. Teknik mudah ini dikenali sebagai bod pada bingkai yang diaplikasi di seluruh produk IKEA bertahun lamanya.

1981


IKEA tiba di Perancis
Gedung pertama IKEA dibuka di Perancis

1982


Rangkaian LACK di perluaskan
Kesinambungan daripada meja LACK, para LACK di reka.
 
Kumpulan IKEA terbentuk
Kumpulan IKEA dibentuk dan pemilik adalah pengasasnya, Stichting INGKA Foundation, yang berpusat di Belanda. Untuk keterangan lanjut, sila layari Tentang IKEA Group.

1984


IKEA FAMILY di rasmikan
IKEA FAMILY, merupakan kelab untuk pelanggan terbaru telah dilancarkan. Kini, IKEA FAMILY terdapat di 16 buah negara (di seluruh 167 gedung) dan telah mempunyai lebih kurang 15 juta ahli.
 
IKEA tiba di Belgium
Gedung IKEA pertama di buka di Brussels.
 
Rangkaian kelengkapan rumah STOCKHOLM muncul
Rekaan IKEA merupakan kelengkapan siri berkualiti tinggi yang menggunakan bahan seperti kayu birch, kulit dan cretonne. Rangkaian ini mempunyai segalanya yang anda jangkakan daripada klasik berkualiti tinggi, melainkan tanda harga tinggi. STOCKHOLM adalah pemenang anugerah Excellent Swedish Design.
 
Bilangan katalog IKEA meningkat
Katalog IKEA di cetak secara meluas sehingga 45 juta salinan, dengan sembilan bahasa.

1985


IKEA tiba di USA
Gedung IKEA pertama dibuka di Philadelphia.
 

Pekerja kami
Kini IKEA mempunyai lebih daripada 10,000 pekerja di lebih daripada 60 gedung di dalam Kumpulan IKEA. Untuk data lengkap tentang bilangan, sila lawati Gedung IKEA Group.
 
Sofa MOMENT direka bentuk oleh Niels Gammelgaard
Apabila IKEA telah mencari pengilang sesuai, lawatan ke kilang troli pasaraya membuktikan kejayaan dalam menggunakan sepenuhnya pengetahuan tentang kekuatan dan kestabilan. IKEA mengambil ini sebagai titik permulaan untuk mencipta sofa dalam gaya, keselesaan dan harga yang berpatutan. Meja sepadan, direka pada tahun 1987, memenangi anugerah Excellent Swedish Design - satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

1986


Presiden dan CEO baru
Ingvar Kamprad bersara dari Kumpulan Pengurusan dan menjadi penasihat untuk keluarga syarikat INGKA Holding B.V. Anders Moberg menjadi Presiden dan CEO Kumpulan IKEA.

1987


IKEA tiba di UK
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Manchester.

1989


IKEA tiba di Itali
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Milan.

Produk dan Bahan

Produk kelengkapan rumah IKEA mestilah selamat dari perspektif kesihatan dan alam sekitar.

Gedung IKEA Group

Bilangan gedung, pembukaan gedung dan maklumat lanjut.