1960


Restoran IKEA yang pertama
Restoran IKEA yang pertama dibuka di Älmhult, Sweden.

1961


Kerusi ÖGLA dijual
Kerusi kafe ÖGLA dilancarkan bersama konsep IKEA menekankan tentang bentuk, fungsi dan harga. Hari ini ia diperbuat dari plastik komposit untuk penampilan moden.
 
Ujian produk bermula
IKEA bermula dengan ujian kualiti terhadap produk menggunakan standard ujian Sweden. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi, Produk dan bahan.

1962


Marian Grabinski mereka bentuk rak buku MTP
Rak buku MTP adalah klasik kontemporari dan akan melihat pelbagai tiruan pada tahun-tahun akan datang. Membangunkan ini dan produk kayu lain membangunkan perhubungan yang kukuh di antara IKEA dan pembekal Poland semasa tahun 60an. Perhubungan ini berterusan hari ini dan adalah sebab penting untuk IKEA mengekalkan harga rendah agar ramai orang mampu membelinya.

1963


IKEA kini di Norway
Gedung IKEA di luar Sweden dibuka di Oslo.

1965


Gedung IKEA terbesar dibuka di Stockholm, Sweden
Beribu-ribu orang beratur untuk pembukaan gedung mercu tanda seluas 31,000 meter persegi, IKEA Kungens Kurva. Gedung mempunyai reka bentuk bulat, diinspirasi oleh Guggenheim Museum di New York . Kejayaan gedung mencetuskan pembukaan gudang layan diri - sebahagian penting konsep IKEA dilahirkan. Tambahan pula Acceten dibuka di tempat pelanggan boleh membeli peralatan memasak berkualiti pada harga rendah.

1968


Bod zarah menjadi popular
Bahan yang tidak mahal, tahan lasak dan mudah diproses in sesuai dengan IKEA secara semula jadi. Pada tahun 1969, sofa PRIVAT direka bentuk oleh arkitek Åke Fribryter. Ia mempunyai dasar bod zarah dengan kemasan berlakuer putih dan bersarung cretonne berbunga coklat oleh artis tekstil Sven Fristedt. Garisan lurus, amat praktikal dan pada harga amat rendah adalah kombinasi yang sangat berjaya.

1969


IKEA tiba di Denmark
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Copenhagen.

1973


IKEA tiba di Switzerland
Gedung IKEA di luar Skandinavia dibuka di Zurich.
 
Denim digunakan untuk perabot
TAJT, tempat duduk berpenyandar, pelbagai fungsi adalah salah satu daripada banyak contoh baik tentang cara IKEA kadang kala melakukan sesuatu secara berlainan. Dengan menggunakan bahan mentah berharga murah daripada industri lain, dalam kes ini denim, produk yang tahan lasak dan berharga rendah dihasilkan.

1974


Kerusi SKOPA menarik perhatian
Memilih pengeluar untuk kerusi SKOPA yang direka bentuk oleh Olle Gjerlöv-Knudsen dan Torben Lind, adalah amat ringkas dan walaupun menimbulkan perhatian. SKOPA dibangunkan oleh pembekal yang selalunya menghasilkan baldi dan mangkuk plastik, menghasilkan kerusi dalam bentuk dan fungsi yang tidak bertolak ansur dengan penyelesaian tidak orthodox.
 
IKEA tiba di Jerman
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Munich. Kejayaan di Switzerlandmembolehkan laluan untuk kemajuan pesat ke Jerman, yang hari ini merupakan pasaran terbesar IKEA.

1975


IKEA tiba di Australia
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Sydney.

1976


POEM dilancarkan (kemudian dikenali sebagai POÄNG) (later known as POÄNG)
Satu lagi produk klasik IKEA dilahir, kerusi berlengan selesa POEM diperbuat daripada kayu berlaminat yang kemudian dikembangkan menjadi POÄNG.
Lihat keseluruhan siri POÄNG
 
Testimoni Pembuat Perabot
Ingvar Kamprad menulis "Testament of a Furniture Dealer' dan pada tahun 1976 ia di terbitkan - ia mendokumentasikan visi IKEA dan idea perniagaan dan mempunyai pengaruh yang kuat kepada pembangunan dan keaktifan budaya IKEA.
 
IKEA tiba di Kanada
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Vancouver.

1977


IKEA tiba di Austria
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Vienna.

1978


IKEA tiba di Singapura
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Sixth Avenue di Singapore.

1979


IKEA tiba di Belanda
Gedung IKEA yang pertama dibuka di Rotterdam.


Rak buku BILLY di lahirkan
Rak buku BILLY diperkenalkan ke dalam rangkaian produk -produk klasik IKEA.


Sofa KLIPPAN - satu lagi produk klasik IKEA
KLIPPAN berkembang menjadi sofa yang cukup kukuh untuk menangani kanak-kanak lasak, namun cukup lembut untuk anda tertidur semasa mendengar cerita dongeng untuk tidur. Keseluruhan sarungnya boleh ditanggalkan untuk dicuci dengan mesin basuh.

Makanan IKEA

Makanan yang selamat di gedung IKEA

Produk dan Bahan

Produk kelengkapan rumah IKEA mestilah selamat dari perspektif kesihatan dan alam sekitar.

Gedung IKEA Group

Bilangan gedung, pembukaan gedung dan maklumat lanjut.