1943


IKEA diasaskan oleh Ingvar Kamprad
Semasa Ingvar Kamprad berumur 17 tahun, bapa beliau telah memberi duit sebagai ganjaran agar berjaya dalam pelajaran. Beliau menggunakannya untuk membina perniagaan sendiri. Nama IKEA adalah gabungan dari nama pertama pengasas (I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu ladang dan kampung tempat beliau membesar. IKEA asalnya menjual pen, dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking nilon - memenuhi keperluan barangan dengan harga rendah.

1945


Iklan IKEA pertama di iklankan
Perniagaan Ingvar Kamprad's membesar dengan pengalaman beliau dalam membuat jualan individu, jadi beliau mula mengiklankan di dalam surat khabar tempatan dan menjalankan servis pesanan bahan ganti sementara. Beliau menggunakan van susu tempatan untuk menghantar produk ke stesen keretapi berhampiran.

1948


Perabot diperkenalkan didalam rangkaian produk IKEA
Perabot dihasilkan oleh pengilang tempatan di hutan berdekatan tempat tinggal Ingvar Kamprad's. Maklumbalas adalah positif dan rangkaian diperluaskan.

1951


Katalog IKEA yang pertama diterbitkan
Pengasas IKEA melihat peluang menjual perabot berskala besar menggunakan katalog. Itulah katalog IKEA yang kita lihat ketika ini

1953


Bilik pameran perabot dibuka di Älmhult, Sweden
Ini adalah detik penting untuk pembangunan konsep IKEA, buat pertama kalinya pengguna boleh melihat dan merasai sentuhan kelengkapan rumah IKEA sebelum membuat pesanan. Bilik pameran ini dicipta dari perang harga didalam industri perabot dengan pesaing utama IKEA. Semasa kedua-dua syarikat ini menawarkan harga yang rendah, kualiti pula menjadi masalah. Dengan membuka bilik pameran, IKEA dengan jelas mendemonstrasikan fungsi dan kualiti produk harga rendah mereka. Inovasi adalah kejayaan, pengguna membuat pilihan yang terbaik untuk wang ringgit mereka.

1956


Merekacipta perabot pek leper dan boleh dipasang sendiri
Keputusan yang diambil IKEA untuk mereka sendiri batang perabot, ironiknya membuatkan pesaing memberi tekanan kepada pengedar untuk memulaukan IKEA. Penerokaan pembungkusan pek leper bermula daripada seorang pekerja IKEA membuka kaki meja LÖVET supaya ia dapat dimuatkan dalam kereta dan mengelakkan kerosakan semasa pemindahan. Daripada penemuan pek leper dan pemasangan sendiri ini, ia kini menjadi satu konsep. Untuk keterangan lanjut, sila layari Idea Perniagaan kami.

1958


Gedung IKEA pertama dibuka di Sweden
Gedung pertama IKEA di Älmhult mempunyai keluasan 6,700 meter persegi untuk kelengkapan rumah! Buat masa ini, ia adalah pameran perabot terbesar di Skandinavia
 
Gillis Lundgren merekabentuk unit laci TORE
Semasa melawat pengilang dapur IKEA, salah seorang dari pekerja terawal di IKEA, Gillis Lundgren, menemui sesuatu yang mudah, idea storan praktikal digunakan di dapur IKEA dan inspirasi itu diguna pakai untuk idea bagi keseluruhan rumah. Setelah beliau pulang ke Älmhult, beliau mula merekacipta unit laci TORE

1959


Pekerja kami
Pekerja ke-100 menyertai IKEA

Bisnes idea kami

Mencipta kehidupan harian yang lebih baik di rumah.

Maklumat terperinci

Maklumat terperinci bagi tahun 2008.

Gedung IKEA Group

Bilangan gedung, pembukaan gedung dan maklumat lanjut.