Menghalang buruh kanak-kanak


Buruh kanak-kanak tidak wujud di negara tempat IKEA menghasilkan produk, tetapi IKEA tidak menerima buruh kanak-kanak digunakan di pihak pembekal atau sub kontraktor. IKEA berusaha secara aktif menghalang buruh kanak-kanak.

Usaha kami adalah berasaskan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Hak Kanak-kaak (1989) yang mendefinikan asas prinsip yang sentiasa meletakkan minat terbaik untuk kanak-kanak. Tugas IKEA juga berasaskan Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) Konvensyen nombor 138 (1973) berkenaan umur bekerja minimum dan Konvensyen ILO nombor 182 (1999) berkenaan bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk.

IKEA Way untuk menghalang Buruh Kanak-kanak


IKEA mempunyai kod tata kelakuan khas yang dinamakan The IKEA Way on Preventing Child Labour, yang merupakan sebahagian daripada The IKEA Way on Purchasing Home Furnishing Products. Pengawasan pematuhan The IKEA Way on Preventing Child Labour dilakukan oleh pejabat perkhidmatan IKEA dan dengan kunjungan tidak dimaklumkan oleh KPMG ke pejabat pembekal dan sub-kontraktor di Asia Tenggara.

Menangani isu buruh kanak-kanak


Semasa hubungan harian dengan pembekal IKEA berhubung dengan isu pengeluaran, pekerja daripada pejabat perdagangan boleh memerhatikan keadaan sosial dan bekerja dan memaparkan cara menghalang buruh kanak-kanak. IKEA mengadakan bengkel untuk pembekal agar menggalakkan pekerja dan sub-kontrator untuk membincangkan maslaah yang mereka hadapi setiap hari. Ini menguatkan pemahaman IKEA tentang keadaan yang mengarah kepada buruh kanak-kanak.

Apa akan terjadi jika berlakunya buruh kanak-kanak?

Jika terdapat buruh kanak-kanak, IKEA memerlukan pembekal bertindak untuk yang terbaik bagi kanak-kanak. Pembekal mesti mengimplementasikan pelan tindakan pembetulan dan menghalang. IKEA berkunjung ke sekolah kanak-kanak tersebut dan membuat kunjungan tidak bermaklum kepada pembekal. Jika tindakan pembetulan tidak dilakukan dalam jangkamasa yang dipersetujui atau akan berlaku pencabulan berterusan, IKEA akan memberhentikan urusan perniagaan dengan pembekal.

Meningkatkan hak kanak-kanak di India


Initiatif Sosial IKEA menyokong projek diuruskan oleh UNICEF, promosikan hak kanak-kanak di Utara India daripada banyak sumber ambal IKEA. Matlamatnya ialah untuk menghalang dan menghapuskan buruh kanak-kanak dalam penghasilan ambal dengan menangani asas masalah seperti hutang, kemiskinan, kurang pendidikan, kecacatan dan tidak sihat.

Perkongsian


Kompleksiti isu buruh kanak-kanakmemerlukan input dan pengaruh daripada banyak pihak. Dengan bekerjasama rapat dengan organisasi antarabangsa seperti UNICEF dan Save the Children, IKEA Social Initiative berusaha untuk menghasilkan struktur luas berasaskan sokongan yang perlu untuk menangani sebab utama buruh kanak-kanak dan mencapai solusi yang berterusan.

Jobs at IKEA

When you grow,
IKEA grows too.