Pekerja IKEA di tapak di kilang


Amalan kami adalah bekerja sama dengan pembekal kami di tapak kilang supaya kami lebih memahami tentang keadaan pengeluaran mereka. Pereka, pembangun produk dan pembeli kerap bekerja di tapak di kilang. Ini memberikan peluang untuk mempengaruhi amalan mereka dan menyokong mereka dalam membangunkan kemahiran dan pengetahuan untuk menerajui inisiatif sosial dan alam sekitar mereka sendiri.

"IKEA Way" untuk Pembelian Produk, Bahan dan Perkhidmatan


Kod tata kelakuan IKEA, The IKEA Way untuk Pembelian Produk, Bahan dan Perkhidmatan (IWAY) mendefinisikan apa yang pembekal boleh jangkakan daripada IKEA dan perkara khusus yang IKEA perlukan daripada pembekalnya. Ia berdasarkan kepada konvensyen antarabangsa dan deklarasi dan termasuk provisi berdasarkan Deklarasi Universal Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Hak Manusia (1948), Deklarasi Persatuan Buruh Antarabangsa tentang Prinsip Fundamental dan Hak semasa Bekerja (1998), dan Deklarasi Rio tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (1992).

Ia merangkumi keadaan bekerja, mengelakkan buruh kanak-kanak, persekitaran, pengurusan hutan secara bertanggungjawab dan banyak lagi. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk berkomunikasi tentang isi kandungan tata kelakuan IKEA kepada pekerja dan sub-pembekal dan memastikan semua langkah-langkah yang perku diimplementasikan dalam operasi mereka.

Memastikan standard yang tinggi


Pejabat perkhidmatan perdagangan IKEA adalah bertanggungjawab untuk implementasi dan maklum balas tata kelakuna kita, dan kita telah melatih juru audit khas yang mengaudit pembekal. Kumpulan Pematuhan dan Pengawasan di IKEA adalah bertanggungjawab untuk memastikan kriteria audit yang sama diamalkan di seluruh IKEA. Juru audit pihak ketiga seperti KPMG, Intertek Testing Services dan PricewaterhouseCoopers mengambil bahagian untuk mengesahkan cara IKEA berfungsi dan keputusan audit. Juru audit pihak ketiga ini juga mengendalikan audit mereka terhadap pembekal IKEA.

Apabila pencabulan berlaku


Apabila pencabulan IWAY berlaku, pembekal perlu menghantar pelan tindakan kepada IKEA, dalam jangka masa dua minggu, secara terperinci cara bagaimana ia boleh dibetulkan. Pelan termasuk penerangan tentang tindakan yang akan berlaku, siapa yang bertanggungjawab dan perancangan jangka masa. Pejabat perkhidmatan perdagangan bertindak balas untuk memeriksa tindakan yang diimplementasikan dalam jangka masa tersebut.

Sukar, tetapi tidak mustahil


Di beberapa bahagian dunia, terdapat cabaran besar mengenai keadaan sosial dan alam sekitar dan pembaikan adalah lebih lambat daripada yang kita jangkakan. Walau bagaimanapun, terdapat pembangunan berterusan yang positif semenjak kita memperkenalkan kod tata kelakuan (IWAY) pada tahun 2000. Kita melihat kehadiran yang positif menyumbang untuk mempertingkatkan keadaan, walau bagaimanapun ia adalah proses yang berterusan dengan langkah-langkah kecil.