Usaha tempatan
Di mana sahaja kita berada, kita bertindak untuk memberikan kesan positif kepada orang ramai dan sumber planet kita yang terhad.
IKEA sentiasa cuba melakukan lebih lagi dengan apa yang ada. Ini adalah selari dengan usaha alam sekitar kami - untuk menggunakan sumber alam semula jadi secara berhemat dan bijak.
Kumpulan IKEA terlibat dengan banyak aktiviti kebangsaan dan tempatan. Anda boleh membaca inisiatif tempatan kami di bawah.
Pada tahun 2012, gedung IKEA telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM120,908 dan menjual 30,227 mainan lembut. Bagi initiatif tempatan yang membolehkan anda menyumbangkan mainan lembut yang telah dibeli, mainan lembut yang diterima diserahkan kepada UNICEF dan UNHCR (bertempat di Malaysia) untuk membuat keputusan mengenai pengagihan.
Kempen tahunan Mainan Lembut yang dilancarkan sejak tahun 2003 membolehkan sumbangan €57 juta dilakukan dan telah menyokong serta membantu 10 juta kanak-kanak di hampir 45 buah negara di seluruh dunia.
IKEA Foundation percaya bahawa semua kanak-kanak sepatutnya mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti. UNICEF dan Save the Children boleh memperluas dan memulakan projek baru di 22 buah negara termasuklah Afrika, Eropah Timur dan Asia, terima kasih kepada sumbangan ini. Projek ini menyumbang kepada kemudahan air dan tandas di sekolah-sekolah, menambah baik akses pendidikan kanak-kanak minoriti, menyalurkan bekalan pendidikan dan melatih guru-guru dengan teknik mengajar mesra kanak-kanak.
*€1 bersamaan dengan kira-kira RM4

Ia diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun, meminta kediaman dan perniagaan mematikan lampu dan perkakas elektrik yang lain selama sejam untuk meningkatkan kesedaran supaya bertindak ke atas perubahan iklim.
Pada tahun 2012, IKEA Damansara mengadakan makan malam sempena Earth Hour dari 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 31 Mac 2012. Semua hasil jualan Restoran IKEA ketika Earth Hour disumbangkan kepada WWF Malaysia sebagai tanda menyokong usaha pemuliharaan dan bantuan alam sekitar mereka. Lampu pada fakad dan luar bangunan IKEA juga dipadamkan ketika Earth Hour.
Makan malam disinari cahaya solar di Restoran IKEA ketika Earth Hour 2011 adalah kejayaan yang besar! Kami bukan sahaja mematikan lampu pada muka bangunan, malah di Restoran IKEA untuk makan malam disinari lampu solar SUNNAN. Sejumlah RM7,231.63 hasil jualan telah dikumpulkan di Restoran IKEA ketika ini dan disumbangkan kepada WWF Malaysia untuk menyokong usaha membantu dan memulihara di Malaysia.

Cari kunci Allen di rumah anda dan bawa ke IKEA untuk dikitar semula bermula pada Hari Alam Sekitar Sedunia, 5 Jun 2011. Untuk setiap 5 kunci Allen yang anda kembalikan ke kaunter Penukaran dan Pemulangan di antara 5 Jun – 9 Julai 2011, anda akan mendapat beg BRATTBY percuma. Semua kunci Allen yang dikumpulkan akan dikitar semula.
Usahakan sedikit sumbangan anda untuk alam sekitar. Setiap sumber diambil kira – besar atau kecil.
Usahakan sedikit sumbangan anda untuk alam sekitar. Setiap sumber diambil kira – besar atau kecil.
IKEA akan membantu anda melupuskan mentol lampu terpakai anda, cuma masukkan ke dalam tong yang disediakan di Kaunter Penukaran dan Pemulangan. Jika mentol lampu pecah, letak di dalam tin berpenutup.
IKEA menggunakan khidmat kontraktor pengurusan bahan buangan untuk menghancurkan semua mentol lampu terpakai menggunakan alat dipanggil ‘bulb eater’ yang mempunyai penapis karbon yang diaktifkan untuk menangkap dan meneutralkan wap merkuri yang dibebaskan daripada mentol lampu ketika pecah. Kaca mentol lampu pecah dan penapis karbon ini akan dihantar ke tapak pelupusan Bukit Nanas, Seremban untuk dilupuskan.

Hari Alam Sekitar Sedunia 2010
5 Jun 2010, Hari Alam Sekitar Sedunia, menandakan ulang tahun pertama inisiatif IKEA Malaysia Katakan "Tidak" kepada Beg Plastik. Sejak bulan Jun 2009, IKEA Malaysia telah menghentikan pengedaran beg plastik percuma untuk meningkatkan kesedaran pencemarannya ke atas alam sekitar dan mengurangkan penggunaan beg plastik. Dengan mengenakan bayaran untuk setiap beg plastik terbiodegradasi, IKEA berharap ia akan menggalakkan pelanggan membawa sendiri beg guna semula mereka untuk membeli-belah.Sejumlah RM91,027.20 telah dikumpulkan pada tahun pertama inisiatif ini. Hasilnya disumbangkan kepada projek Penanaman Pokok Bakau di Taman Alam Kuala Selangor.
80 pekerja IKEA dan rakan media hadir bersama-sama pada hari ini untuk sesi Penanaman Pokok Bakau pertama IKEA di Taman Alam Kuala Selangor. 400 anak pokok ditanam untuk membantu mengurangkan kesan berbahaya pengeluaran karbon dioksida, yang merupakan ancaman utama pemanasan global. Ini adalah projek penanaman pokok bakau berterusan di Taman Alam Kuala Selangor, yang disokong oleh hasil jualan beg plastik daripada jualan beg plastik terbiodegradasi.