IWAY, Tata Kelakuan Kami


IWAY adalah tata kelakuan IKEA, mula-mula diperkenalkan pada tahun 2000. Ia mengkhususkan syarat yag kami tetapkan kepada pembekal produk dan perkhidmatan dan terperincian yang mereka harapkan daripada IKEA. Sebagai tambahan kepada dokumen utama, terdapat beberapa tambahan khusus untuk beberapa industri dan kod tata kelakuan khas untuk buruh kanak-kanak. Pembekal IKEA adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan tata kelakuan IKEA kepada pekerja dan sub pembekal.

IWAY sebagai panduan kepada kami


IKEA Way untuk Pembelian Produk, Bahan dan Perkhidmatan, (IWAY), adalah berasaskan kepada konvesyen dan deklarasi antarabangsa. Ia termasuk provisi yang berasaskan kepada Deklarasi Universal Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Hak Manusia (1948), Deklarasi Persatuan Buruh Antarabangsa tentang Prinsip Fundamental dan Hak semasa Bekerja (1998), dan Deklarasi Rio tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (1992).

Ia merangkumi keadaan bekerja, mengelakkan buruh kanak-kanak, persekitaran, pengurusan hutan secara bertanggungjawab dan banyak lagi.

Pembekal adalah bertanggungjawab untuk berkomunikasi tentang isi kandungan tata kelakuan IKEA kepada perkerja dan sub-pembekal dan memastikan semua langkah-langkah yang perku diimplementasikan dalam operasi mereka.

Tiada jalan untuk rasuah


IKEA berfungsi secara proaktif untuk mengelakkan rasuah dan kegiatan haram dan tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk rasuah, sama ada secara terus atau tidak. Kami mempunyai polisi rasuah, Undang-undang Mengawal Rasuah dan polisi penyiasatan yang menyatakan dengan jelas apa yang pekerja perlu lakukan jika mensyaki kegiatan rasuah, penipuan dan kelakuan yang tidak sah. Kedudukan kita telah dijelaskan dalam surat vendor yang mesti ditandatangani oleh pembekal kami dan wakil dari IKEA.