Projek Perhutanan IKEA


IKEA mengambil bahagian dalam beberapa projek perhutanan dengan organisasi luar agar boleh menyumbang kepada amalan pembangunan perhutanan yang bertanggungjawab dan polisi di negara tempat kita bekerja. Projek perhutanan IKEA memfokuskan tentang tanggungjawab amalan pengurusan, pengsijilan kapasiti binaan untuk pihak ketiga, menentang pembalakan haram dan kaji selidik perhutanan dan pendidikan.

Kerjasama IKEA dan WWF tentang Projek-projek Hutan


WWF, organisasi konservasi global dan Kerjasama IKEA untuk Projek Perhutanan adalah berdasarkan matlamat yang sama oleh kedua-dua organisasi: untuk lebih mengambil berat hutan di dunia. IKEA dan WWF sedang menjalankan beberapa siri projek untuk mempromosi syarat sah bagi perhutanan dan perdagangan, mengurangkan tahap pembalakan tidak mesra alam sekitar dan mempromosikan perhutanan bertanggungjawab di wilayah yang utama.

Menanam benih


Projek Sow a Seed membantu mengekalkan 18,500 hektar hutan di Borneo, Malaysia, yang rosak akibat pembalakan dan menjadi lebih teruk disebabkan oleh kebakaran dalam tahun 1983. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan hutan dengan menanam pelbagai spesis pokok yang asli. Pada fasa awal, pelanggan IKEA menyumbang dengan banyak dana permulaan untuk projek tersebut.

Rainforest Alliance


IKEA menyokong "Rainforest Alliance" untuk mempromosikan pengsijilan pengurusan hutan Forest Stewardship Council (FSC) di China dengan mendidik yang terbabit dengan perhutanan dan pemegang saham tentang prinsip pengsijilan FSC. Projek ini menyediakan pakar utama dengan latihan, peralatan dan bahan untuk mengendalikan bengkel Rainforest Alliance supaya dapat meningkatkan tahap kesedaran terhadap mesra alam sekitar di China.

Kerjasama perhutanan yang lain


IKEA terlibat secara aktif dalam projek komuniti dan mengadakan dailog dengan organisasi yang berdedikasi terhadap pengurusan hutan, pendidikan dan konservasi. Kerjasama ini menyokong matlamat jangka panjang kehutanan IKEA.