Katalog IKEA


Setiap tahun, berjuta-juta naskhah Katalog IKEA dalam pelbagai bahasa diedarkan ke rumah-rumah di seluruh dunia. IKEA bekerja dengan aktif ke arah penghasilan Katalog IKEA secara mesra alam sekitar.

Cara IKEA terhadap Pembelian Perkhidmatan dan Produk Pemasaran


Pembekal katalog IKEA mesti mematuhi tatakelakuan IKEA, IWAY. Terdapat syarat spesifik industri untuk pulpa dan kertas, hasil seni, 'repro' dan perkhidmatan IT dalam talian, dan gravur serta pencetakan ofset. IKEA melakukan pemantauan susulan tahunan ke atas pelaksanaan syarat-syarat ini oleh pembekal.
katalog_ikea

Format baru katalog

Format Katalog IKEA yang lebih kompak telah diuji di beberapa negara pada tahun 2008 dan diperkenalkan pada seluruh pasaran pada tahun 2009. Ini telah memberikan kesan positif terhadap penggunaan kertas dan tenaga, serta pengeluaran CO2. Format baru ini membolehkan pengangkutan yang lebih efisyen dan menjana kurang sisa kertas ketika dihasilkan.

Menjejak gentian kertas


IKEA berusaha untuk memastikan kertas yang digunakan untuk Katalog IKEA dibekalkan dari hutan yang telah disahkan di bawah pengurusan yang bertanggungjawab, dan kajian telah dilakukan berterusan untuk mengenalpasti asal gentian kertas yang digunakan. Pembekal kertas dan pencetakan mesti menggunakan sistem pengurusan alam sekitar dan memantau pengeluaran mereka.

Jawatan di IKEA

Apabila anda membangun, IKEA turut membangun.