Beribu-ribu peladang ke arah penanaman mesra alam sekitar


IKEA dan WWF mula bekerjasama dengan peladang di India dan Pakistan pada tahun 2005. Sejak itu, beribu-ribu peladang dalam dua negara itu telah menyertai gerakan ini. Sesetengah daripada mereka sudah lama menjalankan penanaman kapas mesra alam sekitar, yang lain pula baru memulakannya.

Permulaannya


"Saya mula menyuburkan tanah dengan menambah kandungan organik. Sebelum ini saya menyiram setiap alur tanaman. Kini saya berhasrat untuk memperkenalkan pengairan titis satu ekar pada satu masa jika hasil tanaman saya mencukupi untuk melakukannya, jika diizinkan Tuhan!"
Swarupchand Maher, Maharashtra, India

Mengurangkan separuh penggunaan air


"Perkara terbaik yang saya lakukan adalah melabur di dalam pengairan titis. Saya telah mengurangkan separuh penggunaan air pada tanaman saya dan hasilnya telah meningkat sebanyak 40 peratus. Jika saya tidak memulakan dengan pengairan titis, mungkin lubang yang telah saya gerudi akan menjadi kering sekarang. Air di dalam tanah adalah milik semua orang dan adalah menjadi tugas saya untuk tidak membazirkannya."
Dilip Patel, Gujarat, India

Tiada lagi masalah kesihatan


"Setelah saya menggunakan baja asli dan kompos, hasil saya meningkat 10 peratus lebih baik berbanding ladang bersebelahan. Saya tidak membeli baja kimia dan racun perosak, jadi saya memiliki lebih wang. Kesihatan kami juga bertambah baik sejak menggantikan racun perosak kimia dengan ekstrak tumbuhan."
Tapu Kehar Rangapara, Gujarat, India

Jawatan di IKEA

Apabila anda membangun, IKEA turut membangun