Cara baru yang disebarkan oleh peladang

Peladang mengamalkan sendiri penanaman yang lebih baik


Sundar Borude dari Maharashtra, sebuah negeri di pertengahan India telah menjadi penyokong projek bersama IKEA dan WWF sejak akar umbi lagi, dan menjadi contoh kepada ladang-ladang yang lain. Dia juga pernah cuba menyuburkan tanah ladangnya, seperti kebanyakan peladang tempatan yang lain. Perubahan bermula tiga tahun lepas apabila dia menghubungi pusat sumber agrikultur tempatan.
 
"Saya mahukan nasihat untuk menambahbaik hasil saya - alam sekitar bukanlah keutamaan saya ketika itu. Tetapi saya telah mempelajari banyak perkara tentang perladangan mesra alam sekitar, dan apabila projek ini bermula, saya diminta untuk menyebarkan amalan yang baik ini kepada peladang di kampung saya."
 
Dengan menggunakan pengetahuannya di ladang sendiri, beliau telah memberikan contoh yang baik kepada yang lain: "Saya tidak meningkatkan penggunaan baja kimia, racun perosak dan air, tetapi jumlah tanaman meningkat per ekar. Kini peladang lain di sekeliling saya mahu mempelajari bagaimana melakukan perkara yang sama."
 
Hasil yang meningkat juga membolehkan Sundar untuk melabur di dalam sistem pengairan titis: "Pengairan titis adalah lebih efektif berbanding cara lama menyiram keseluruhan ladang - kebanyakan daripada air itu akan hilang; mengalir ke tempat lain dan membawa nutrien bersamanya. Dengan pengairan titis, tumbuhan mendapat air bila dan di mana ia diperlukan. Tiada pembaziran berlaku."
 
Hasil dan nasihat praktikal Sundar Borude membantu meyakinkan peladang-peladang lain yang skeptikal bahawa anda boleh mendapat hasil yang lebih baik dan keuntungan yang lebih tinggi menggunakan kurang air dan bahan kimia.
 

Eksperimen di ladang dilengkapkan dengan latihan dalam kelas untuk peladang yang mahu mempelajari cara untuk mengembangkan pengetahuan mereka kepada peladang lain di kampung mereka.

Menyembur dengan bahan kimia adalah mahal dan merbahaya, tetapi peladang melakukannya kerana serangan perosak boleh menghancurkan setahun usaha meladang. Sundar Borude mengajar mereka cara awal mengenalpasti serangga perosak, dan menyemburnya dengan ekstrak tumbuhan yang selamat.

Perangkap feromon membantu peladang memerhatikan jenis dan jumlah serangga di ladang mereka untuk mengelakkan semburan racun perosak yang tidak perlu.

Pengetahuan kuno tentang baja asli dan kompos telah diutarakan semula, dan mengurangkan keperluan baja sintetik yang mahal. Menambah bahan organik ke tanah juga mengurangkan keperluan untuk menyiram.

Jawatan di IKEA

Apabila anda membangun, IKEA turut membangun.