Kapas
Kami telah menetapkan untuk membuat perubahan kekal dalam pengeluaran kapas
Kapas adalah salah satu daripada bahan-bahan mentah yang paling penting untuk IKEA. Walau bagaimanapun, kos pengeluaran kapas merupakan kos yang tinggi kepada orang ramai dan alam sekitar.
Kita bertanggungjawab untuk berusaha ke arah kaedah pengeluaran yang lebih baik. Itulah sebabnya kami bekerja rapat dengan WWF dan pertubuhan-pertubuhan tempatan di India dan Pakistan dan mengapa kami menerajui Better Cotton Initiative. Kami telah membantu peladang mengurangkan penggunaan air mereka dengan purata sebanyak 50%, di samping meningkatkan margin keuntungan mereka. Setakat ini, usaha kami telah mendapat sambutan daripada 80,000 peladang.
Kami juga ingin membuat perubahan yang nyata dan berkekalan untuk kanak-kanak dalam masyarakat di mana kapas ditanam. Kami berkerjasama Save The Children dan UNICEF untuk memberikan sekurang-kurangnya 10 juta kanak-kanak akses yang lebih baik untuk persekolahan yang berkualiti.

