Projek kapas bersama IKEA dan WWF


IKEA bekerjasama dengan WWF untuk menghasilkan kapas dengan cara yang lebih mesra alam sekitar. Ia bertujuan untuk mempengaruhi peladang utama di India dan Pakistan, dua negara yang merupakan pembekal induk kapas untuk IKEA.

Ia bermula pada tahun 2005 dengan 20 minggu sekolah perladangan untuk 450 peladang kapas. Pada hari ini, projek ini juga melibatkan organisasi tempatan untuk mencapai jumlah peladang yang lebih besar. Dalam tahun 2010, IKEA menjangkakan kira-kira 60, 000 peladang untuk melaksanakan cara perladangan yang mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan hasil mereka.

Hasilnya sungguh memberangsangkan. Anggaran kami menunjukkan purata penggunaan racun perosak peladang projek dikurangkan sebanyak separuh. Penggunaan air juga turun sebanyak 50 peratus, dan purata pendapatan peladang juga naik lebih kurang 40 peratus.

Jawatan di IKEA

Apabila anda membangun,
IKEA turut membangun.