Kapas yang lebih baik merentasi rangkaian IKEA


Kapas adalah bahan yang lembut dan boleh bernafas, jadi ia mempunyai kualiti keselesaan yang baik - dan ia merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Matlamat kami adalah menawarkan produk kapas yang dihasilkan dengan cara yang bertanggungjawab pada harga begitu rendah supaya ramai orang mampu memilikinya.

Jumlah kapas mesra alam sekitar daripada peladang projek IKEA dan WWF telah meningkat dengan banyak dalam masa beberapa tahun. Kami komited untuk menggunakannya merentasi rangkaian produk kami, daripada menyalurkannya ke penggunaan tekstil secara individu.

Sesetengah daripada hasil kapas peladang projek ini boleh didapati di pasaran terbuka. Ini mempercepatkan proses kapas konvensional dihasilkan dengan cara lebih mesra alam sekitar sebagai komoditi jual beli yang boleh dinikmati oleh semua.

Jawatan di IKEA

Apabila anda membangun, IKEA turut membangun.