5-11-2012
Penarikan balik tali pinggang kerusi tinggi kanak-kanak ANTILOP

IKEA dengan segala hormatnya meminta pelanggan yang mempunyai kerusi tinggi ANTILOP daripada pembekal #17389 dan bertarikh pengeluaran 0607-0911 (TTBB), untuk menghubungi Perkhidmatan Pelanggan di gedung IKEA dengan serta-merta.
Tali pinggang kerusi tinggi ini boleh terbuka secara tiba-tiba, mendatangkan risiko bahaya terjatuh. IKEA telah menerima lapan laporan mengenai tali pinggang yang terbuka, termasuk tiga laporan yang menyebabkan kecederaan ringan apabila kanak-kanak terjatuh daripada kerusi tinggi ini.
Hanya kerusi tinggi ANTILOP daripada pembekal #17389 yang bertarikh pengeluaran 0607-0911 (TTBB) terlibat. Nombor pembekal dan nombor pengeluaran diacu di bawah tempat duduk, lihat gambar di bawah.

Pelanggan yang memiliki kerusi tinggi ANTILOP diminta untuk menyemak nombor pembekal dan nombor pengeluaran. Jika kerusi tinggi ANTILOP anda terlibat, sila kunjungi kaunter Penukaran & Pemulangan atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan di 603-7726 7777 untuk menerima penggantian tali pinggang secara percuma.
Tiada kerusi tinggi lain yang terlibat dalam penarikan balik ini.
IKEA memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.