Risalah akhbar produk

Keinginan untuk suasana biru

Kami mengembara ke India untuk menghasilkan koleksi reka bentuk terhad terus dari lantai kilang. Koleksi ini berdasarkan warna biru yang sentiasa dicari-cari. Warna yang sebati dengan kita, daripada tekstil celup indigo, batik, seramik Cina, jubin Portugis dan Belanda, pakaian kerja, denim dan botol kimia dari zaman terdahulu. "Kami belum lagi melihat warna biru dalam konteks hiasan dalaman untuk jangka masa yang panjang. Ia pernah popular pada tahun 1980-an. Kini, kami menginginkan suasana biru kembali," kata Mats Nilsson, ahli strategi rangkaian.

Cipta tradisi eklektik anda sendiri

Pada tahun ini di IKEA, terdapat pengaruh yang boleh dilihat daripada kerja tangan dan tradisi Asia, Afrika dan Amerika Selatan yang telah bersemadi dalam bahan buatan tangan atau semula jadi. Hasilnya adalah permata dan aksesori dengan gaya yang teguh dan bentuk yang tidak dijangkakan. Ambal direka bentuk dan ditenun dengan cara tradisional. Barangan seperti pasu, mangkuk, bakul dan lampu menggunakan gentian semula jadi seperti kertas, buluh dan rotan. Seramik, kaca dan besi hitam menyerlahkan perbezaan gentian semula jadi. Warna tanah daripada kuning air, coklat dan jingga kemerahan bercampur mudah dengan gaya lain sambil mengelakkan kebiasaan yang menjadi resam. Ini membawakan suasana yang mesra di dalam bilik yang elektik, ala desa dan sedikit berani.

Dunia umpama hilang seri tanpa tekstil

Bayangkan seketika, sebuah dunia tanpa tekstil. Tiada tuala kain plush selepas mandi. Tiada kusyen untuk dipeluk ketika menonton cerita seram. Tiada kubu selimut kanak-kanak. Tiada kain yang dijemur di bawah terik mentari. Tiada bantal menyambut anda ketika ingin beradu.

Produk baharu yang dipilih dengan teliti

Selamat datang ke berita terkini yang dipilih teliti dari IKEA! Bulan Ogos ini membawakan produk yang mempunyai penampilan dan suasana kontemporari. Untuk mengekalkan fokus tekstil tahun ini, koleksi tekstil LAPPLJUNG yang bertenaga serta gabungan ala desa dan langsir KAJSAMIA yang bercorak lain daripada yang lain. Sofa KLIPPAN dan kerusi pusing berlengan SKRUVSTA juga mempunyai pilihan tekstil baharu dalam reka bentuk menarik oleh Cilla Ramnek. Tambahan lagi, terdapat banyak kreativiti di dalam gedung dengan tekstil sepeti fabrik meter GURINE dan TIDNY.

Perubahan warna

Warna bermusim
IKEA mempunyai banyak aksesori ungu lembut, biru dan hijau untuk menambah limpahan warna-warni dalam kehidupan harian musim ini. Lilin, vas, pasu, lampu, ambal, lapik pinggan dan banyak lagi dihasilkan agar selaras dan sesuai dengan apa yang anda ada. Ia memudahkan anda menukar barangan di kediaman tanpa perlu komited terhadap warna cat yang kekal.

Masak, makan dan jimat

Dapur anda bukan sahaja cantik, malah berfungsi sambil menjimatkan air dan tenaga ketika memasak. Dapur yang lebih mesra alam sekitar mengambil berat dan menggunakan segala sumber sepenuhnya serta tidak membazir.

Bilik Tidur Lengkap

Kitaran tidur lengkap yang normal biasanya adalah selama 7 ½ hingga 8 ¾ jam untuk sesiapa sahaja yang berusia 65 tahun ke bawah. Mereka dengan kitaran yang normal akan tertidur dalam kurang dari 15 minit, dan akan terus tidur sepanjang malam, secara amnya. Kualitinya terletak pada gerakan yang minimum dan kenyenyakan tidur. Mimpi pula biasanya adalah menyenangkan atau biasa sahaja secara amnya. Untuk mereka yang mempunyai kitaran normal seperti ini, kehidupan mereka mungkin memuaskan dan mereka mengikuti diet yang baik.

Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah penting untuk kesejahteraan fizikal, mental dan emosional. Tidur di atas tilam dan bantal yang sesuai juga adalah penting. Sila lihat petua berguna mengenai tahap kualiti yang boleh anda jangka. Ini termasuklah tilam, kuilt dan bantal yang membantu anda menyediakan suasana yang sempurna untuk tidur.

Kelembutan musim panas

Tekstil yang segar sempena hari yang cerah
"Saya selalu mereka corak berbunga untuk benda yang berbeza. Untuk koleksi tekstil BARBRO, saya ingin menghasilkan suasana segar dan romantik dengan bunga kecil yang mudah dipadankan dengan kedua-dua corak berbelang dan berkotak. Apabila saya mewarnakan corak untuk BARBRO, saya merasakan seperti sebuah nostalgia kerana teringatkan gaun anak perempuan saya ketika dia masih kecil. Perasaan bebas, dan sedikit romantik yang tidak terlalu serius, tetapi diisi dengan gelak tawa musim panas yang meriangkan." -Pereka Helle Vilén

baru! Katalog IKEA 2012

Penyelesaian yang bijak memberikan ruang untuk impian anda

Tahun ini IKEA memberikan lebih banyak fokus terhadap penyelesaian bijak dan idea yang memaksimumkan ruang kecil (dengan produk berharga rendah), supaya orang ramai boleh menjalankan kehidupan seperti yang diimpikan mereka.

Berita IKEA

Di IKEA, visi kami adalah mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik untuk orang ramai dengan menawarkan pelbagai rangkaian produk kelengkapan rumah yang berfungsi dan direka sempurna pada harga yang rendah supaya orang ramai mampu membelinya. IKEA mempunyai barisan produk baru untuk pelanggannya, daripada tema baru mainan lembut sehinggalah kepada siri tempat duduk baru berkualiti tinggi dan selesa, yang turut menambah rangkaian produk kami yang luas.

Tugas kita yang tiada penghujungya

Visi IKEA adalah mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik untuk orang ramai. Ini termasuklah lebih sekadar tawaran kelengkapan rumah yang menarik. Ia juga merangkumi mengambil tanggungjawab sosial dan alam sekitar terhadap pelanggan IKEA, pekerja dan mereka yang menghasilkan produk kami.

Konsep IKEA dan sejarah

Konsep IKEA dan sejarah
Mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik di rumah

Orang ramai dan alam sekitar

Orang ramai dan alam sekitar
Memikul tanggunjawab untuk orang ramai dan alam sekitar adalah pra-syarat bagi menjalankan perniagaan yang baik.