Siaran Akhbar
03-10-2011
IKEA MELUASKAN PENGLIBATAN MEDIA SOSIALNYA
Peruncit kelengkapan rumah IKEA menjadi lebih mesra dan rapat dengan anda melalui inisiatif media sosial barunya, laman Facebook IKEA yang akan dilancarkan pada 3 Oktober. Melalui ruang komunikasi yang menggabungkan rangkaian seperti Facebook, Twitter, Youtube dan blog, syarikat ini berharap dapat mengukuhkan ikatan dengan peminat IKEA dan menjalinkan persahabatan baru pada masa yang sama.

03-08-2011
baru! KATALOG IKEA 2012
Penyelesaian bijak yang memberikan ruang untuk impian anda
Katalog IKEA baru 2012 akan diedarkan di Lembah Klang bermula 11 Ogos 2011, dengan 376 halaman idea kelengkapan rumah dan inspirasi. Dapatkan ia di kediaman anda! Tahun ini IKEA memberikan lebih banyak fokus terhadap penyelesaian bijak dan idea yang memaksimumkan ruang kecil (dengan produk berharga rendah), supaya orang ramai boleh menjalankan kehidupan seperti yang diimpikan mereka.
Sambil menunggu ketibaan Katalog IKEA 2012 baru, trak IKEA khas yang mempamerkan inspirasi kelengkapan rumah terbaru akan berada di jalan-jalan utama di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dari 3 hingga 16 Ogos.

29-06-2011
IKEA MALAYSIA TANPA BEG PLASTIK
IKEA Malaysia merupakan peruncit pertama negara ini untuk memberhentikan penggunaan beg plastik sekali guna dalam inisiatif alam sekitar terkini syarikat kelengkapan rumah ini.
Ini merupakan satu usaha IKEA Malaysia yang bermula sejak bulan Jun 2009, apabila kempen "Kick the plastic bag habit" diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Semenjak kempen ini bermula, IKEA telah mengurangkan penggunaan beg plastiknya. Kini terdapat trend positif pemberhentian pembelian beg plastik oleh pelanggan IKEA selepas tahun kedua kempen ini.

09-06-2011
JADILAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB!
IKEA mengedarkan banyak Kunci Allen setiap hari, pernahkah anda tertanya-tanya ke manakah ia pergi?
Kunci Allen yang kecil ini adalah produk IKEA yang ikonik, diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula – jangan biarkan ia bersepah di rumah atau dibuang ke dalam tong sampah.
Cari kunci Allen di rumah anda dan bawa ke IKEA untuk dikitar semula bermula pada Hari Alam Sekitar Sedunia, 5 Jun 2011.

01-02-2011
UNICEF dan Save the Children berterima kasih kepada pelanggan IKEA untuk sumbangan sebanyak 11.4 juta euro
Pelanggan dan pekerja IKEA telah membantu IKEA Foundation menyumbangkan sejumlah 11.4 juta euro kepada projek UNICEF dan Save the Children supaya hak setiap kanak-kanak terhadap pendidikan yang berkualiti menjadi kenyataan sejajar dengan gerakan Mainan Lembut IKEA 2010.