Kisah IKEA bermula pada tahun 1943 dalam kampung kecil Agunnaryd, Sweden, ketika pengasasnya, Ingvar Kamprad hanya berusia 17 tahun. Sejak daripada itu, IKEA Group telah berkembang menjadi jenama runcit antarabangsa, menjana jualan tahunan lebih daripada 24.7 EURO dengan 131,000 pekerja di 41 negara.
Lokasi gedung
Gedung IKEA terdapat di lebih daripada 38 negara pada Ogos 2010, dengan 280 gedung di 26 negara merupakan kepunyaan IKEA Group. Semua gedung IKEA beroperasi di bawah franchise daripada Inter IKEA Systems B.V